PUISI SUNGAI MENGKABONG

SUNGAI MENGKABONG
(Utk. Siti Klassik dan NA Rahman Rahman)

NUKILAN KEMBARA MUDA











Senja ini
Kita berkongsi rasa
Menanti arak awan kelabu
Dari pancaran jembatan panjang sungai Mengkabong.
Kualamu tidak seperti dulu
Disusuri perahu nelayan
Dengan layar berkembang
Dipantai anak anak kecil
Menanti penoh riang
Walaupun hasilmu sedikit cuma
Mereka menyambutmu penoh cinta.
Dikala senja tiba
Bulan diselimuti awan kelabu
Anak anak muda
Memenuhi Balai pantai
Berpencak silat
Jurus Pak Jumat
Dihati mereka penoh kedamaian
Kedamaian yang hakiki
Hari ini kemajuan
Menongkat langit
Bakal adakah keharmonian
Dan kemakmuran yg jitu
Yang bakal dijanjikan
Dalam suatu tekad
Pada anak bangsaku
Bersamamu.
Sungai Mengkabong.

Kembara Muda  @ Osman Abdul Rahman
Taman perwira
0204015. 10.05mlm.

No comments:

Post a Comment