POLIS SABAH SEDANG GIAT BURU SASPEK 7 ORANG ASING TERLIBAT ROMPAKAN BERSIRI KINABATANGAN

OLEH: CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU:- Orang ramai diseru supaya berwaspada dengan tujuh warga asing yang diburu polis kerana disyaki terlibat dalam dua rompakan bersenjata di pantai timur Sabah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Datuk Salehuddin Abdul Rahman berkata, tujuh lelaki terbabit dikehendaki bagi membantu siasatan dua kejadian tembakan merangkap rompakan di pantai timur Kinabatangan minggu lepas.


TAHIR MAMONG salah seorang mangsa rompakan bersenjata di Estate Melangkin Jalan Sukau.
Suspek, dipercayai terlibat dalam rompakan yang menyaksikan pengurus ladang berusia 50 tahun Yuen Wing Wah ditembak mati dan pemilik ladang Danny Wong, 30, cedera di daerah yang sama pada 13 April.

Satu kejadian yang sama berlaku beberapa hari kemudian pada 17 April apabila pemilik kedai runcit berusia 50 tahun iaitu TMohd Tahir Mamong telah ditembak di dada dalam kejadian yang berlaku pada waktu siang.

Dia kehilangan dua jam tangan dan telefon bimbit, tetapi berjaya melarikan diri dengan memandu laju selepas ditembak.

The Borneo Sabah Insider  difahamkan   mereka tidak akan terlepas begitu saja kerana   pihak ESSCOM sedang giat memburu ke 7 orang asing disemua kawasan ladang sawit di Kinabatangan dan ladang-ladang sawit yang lain.



No comments:

Post a Comment