PELAKON SENSASI 90 AN JULIE DAHLAN TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH

OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE
 
PETALING JAYA:- Penerbit filem terkenal Julie Dahlan meninggal dunia 7.30 malam tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dideritainya sejak beberapa tahun lalu.
Menurut penyanyi, Datuk Hattan yang juga biras kepada anaknya, Hani Harmi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang .
Difahamkan, Hani dan suaminya turut berada di sisi Allahyarham.
Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Ampang.
Julie atau Junaidah Dahlan, 62, menghidap pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah penglihatan.
Penerbit dan pelakon filem dan drama yang popular pada era 90-an itu mencipta nama menerusi pelbagai filem terbitannya seperti Harry Boy (1991), Wira Angkasa (1987), Driving School (1990) dan terakhir Cinta Metropolitan (1995).

Bahagian Hiburan The Borneo Sabah Insider Net (KL) mengucapkan salam takziah kepada keluarga  Arwah Julie Dahlan atas pemergian orang yang disayangi marilah sama-sama sedakahkan  Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang-orang solehah…Amin Al Fatihah

No comments:

Post a Comment