PAKATAN RAKYAT (DAP/PKR LAWAT MANGSA

OLEH: SHAIMON S JUMADI


HULUR BANTUAN......Terima kasih YB salah seorang mengsa menerima sumbangan berupa wang tunai.


SANDAKAN:-  Berapa  orang pemimpin kanan Parti Pakatan Rakyat (PKR/DAP)  yang diketuai oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong  telah melawat mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Gum-Gum dekat sini pagi tadi..

Menurut keterangan daripada beberapa orang penduduk yang sempat ditemui menjelaskan tujuh buah rumah yang habis dijilat api ia membabitkan 50 keluarga  tinggal sehelai sepinggang dan punca kebakaran adalah disebabkan litar pintas elektrik.

Yang menyedihkan bahawa mereka yang telah kehilangan tempat kediaman tidak dibenarkan mendirikan semula tapak yang sama kerana tanah itu sudah beli oleh taukey cina.

Kita tidak tahu apa kah nasib mereka 50 keluarga itu di mana mereka tinggal lagi sekiranya pihak kerajaan langsung tidak membenarkan membina rumah disitu sedangkan mereka adalah menyokong tegar UMNO/BN
 
Kata seorang penduduk yang juga mangsa kebakaran rumah-rumah yang ada di Kampung Gum-Gum itu telah didiami tiga generasi lagi

Wong yang melawat mangsa kebakaran kemudian menghulurkan bantuan wang tunai kepada manga-mangsa berkenaan untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung.

“Wong walaupun kita ini parti pembangkang tapi kita telah dipilih rakyat harus pulang kepangkuan rakyat  kita bantu apa yang patut mengikut kemampuan kita” kata Wong


Wong menyeru mereka yang telah kehilangan harta benda dalam tragedy itu supaya bersabar ini  semuanya ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment