KUNJUNGAN KEHORMAT RAHIMAH PENGERUSI MPKW BATU SAPI GIAT MARA DISAMBUT BAIK

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: RAHIMAH ARSAH

KYUSUK....Rahimah kyusuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Giat MARA .

BATU SAPI:- Kunjungan hormati Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Batu Sapi Rahimah Arsah  merangap Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi ke pejabat Giat MARA Batu Sapi kelmarin banyak memabawa menfaatnya.
 
Hasil kunjungan itu ia menjurus dapat mendengar sedikit taklimat dan perkongsian maklumat yang disampaikan oleh Pengurus Giat MARA Batu Sapi Riswan.

Dalam pada itu Rahimah telah difahamkan bahawa Giat MARA Batu Sapi yang terletak di Bangunan lama Bekas Maybank Bandar Ramai Ramai ia menawarkan dua kurusus antaranya Solekan dan Terapi Kecantikan  dan Kursus Serireka Gaya Rambut.

Sudah menjadi lumrah dan kelazimannya  setiap kursus yang ditawarkan  kepada pelajar atau pelatih ianya mengambil masa selama enam bulan saja dan  disamping itu pengambilan pelajar ia bermula pada Januari dan Julai.

Mereka yang berjaya terpilih untuk mengikuti kursus adalah percuma serta dibagi elauan bulanan semasa mereka menjalani latihan tersebut.

 Kata Rahimah syarat kemasukan untuk mengikuti kursus di Guat MARA seorang  itu mesti wargamegara Malaysia  Bumiputera umur antara 15 tahun keatas  boleh membaca dan menulis dan mengira dan tubuh badan sihat mereka yang berminat  boleh mengemukan permohonan terus hantar ke pejabat Giat MARA yang berhampiran.

“ Sejak  Giat MARA  Batu Sapi ditubuhkan pada 01 Julai 2008 telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya ia bukan itu sahaja  bahkan pihak Giat MARA juga sentiasa memantau perkembangan mantan  pelajar dan memberikan bantuan yang wajar untuk mereka terus berkembang sebagai usahawan berjaya” Ujar Rahimah.

Dalam pada itu pelbagai aktiviti turut dirancang sepanjang tahun bagi mengisi takwin Giatmara dan seterusnya mengiktiraf kemahiran pelajar dalam pelbagai pertandingan dan program yang disediakan...

Diharap Giatmara Batu Sapi meluaskan lagi program dan kursus-kursus yang disediakan untuk memenuhi permintaan masyarakat setempat

 Apapun Tahniah diucapkan atas usaha gigih dan semoga lebih ramai usahawan bakal lahir dalam program kemahiran yang dilaksanakan insha Allah” Itlah  harapan Rahimah.



No comments:

Post a Comment