IBUBAPA DISARAN AGAR FOKUS KEPADA PEMBELAJARAN ANAK-ANAK TEGAS NURLILA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KARAMUNTING:- Para ibubapa dan penjaga harus memainkan peranan masing-masing kearah fokus dalam pembelajaran anak-anak mereka  terutama sekali  focus kepada murid-murid tahun enam (6).

Dengan penglibatan ibubapa dalam menerapkan nilai-nilai murni khususnya  focus akademik anak-anak mereka sudah pasti akan menempuh kejayaan yang cemerlangan.

Puan Nurlila Abdul Wahab Pegawai  SISC Pejabat Pendidikan Daerah berkata demikian ketika berucap merasmikan  Program Peningkatan Kesedaran dan Motivasi Ibu bapa  dan Murid Fokus Tahun 6 2015 anjuran SK Karamunting kelmarin.

Katanya ibubapa juga di sarankan agar sentiasa mengikuti apa jua program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah berkenaan ini demi menjamin keharmonian dan siratulrahim di kalangan ibubapa dan guru-guru berkenaan.

Sementara dalam ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Karamunting Puan  Elizabeth @ Sakina Shapikin antara lain menjelaskan  program itu diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam  kalangan ibu bapa tentang tanggungjawab untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.

Katanya lagi memberikan kesedaran kepentingan akademik untuk masa depan  anak-anak dan juga keluarga.


“Memberikan motivasi dan meningkatkan keinginan murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan dalam meraikan murid-murid mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah diri” Ujar Sakina.

No comments:

Post a Comment