ESSCOM DIKENDAKI PERKETATKAN RONDAAN DIKAWASWAN LADANG SAWIT BAGI MEMBURU PEROMPAK.......WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-Ekoran tragedy kes rompakan bersenjata yang dilakukan oleh orang-orang asing melibatkan kes pembunuhan seorang  Pengurus Ladang Tung Sang dan kes menembak  seorang peniaga Mohd Tahir Mamong di Ladang Melaking baru-baru ini  dan kedua-dua insiden itu tidak harus dipandangan ringan oleh pihak keselamatan khususnya ESSCOM untuk menjejak para penjenayah itu.

Dalam konteks ini Ahli Parlimen Kawasan  Sandakan Stephen Wong menjelaskan bahawa  kawasan Sukau yang terletak di Kinabatangan, Pantai Timur Sabah, berlaku 2 kes pembunuhan yang melibatkan pekerja asing dalam masa seminggu menunjukkan walaupun ESSCOM ditubuhkan di Pantai Timur Sabah, tetapi kesannya adalah kurang memuaskan, tahap keselamatan tidak dipertingkatkan, malah bertambah serius.


Beliau berpendapat bahawa, pihak berkenaan menubuhkan ESSCOM untuk menjaga keselamatan Sabah Timur, walaupun dengan peruntukan yang banyak dan juga telah melaksanakan perintah berkurung sebanyak 17 kali berturut-turut, untuk mengelakkan segala aktiviti haram di atas laut, tetapi disebabkan pekerja asing amat ramai dan ekonomi merosot, menyebabkan keselamatan semakin teruk.

Wong berasa amat terkejut, kerana berlakunya 2 kes pembunuhan dalam seminggu adalah jarang berlaku di Sandakan mahupun Sabah.

Beliau bimbang, kini terdapat lebih daripada 500 ribu orang pekerja asing di Sabah, melebihi 1 juta orang bukan warganegara atau pendatang asing, jika tidak ditangani dengan baik, termasuk masalah ekonomi dan masalah buruh, ini pasti akan mengancam keselamatan masyarakat, pihak berkenaan harus memandang serius terhadap masalah ini.

Wong juga mengemukakan soalan di Persidangan Parlimen mengenai struktur, perkembangan, bajet peruntukan dan perbelanjaan ESSCOM sejak penubuhan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan berkata, kini tahap keselamatan ESSZONE masih terkawal.

Menteri menjawab soalan tersebut melalui jawapan bertulis, mendedahkan ESSCOM kini terdapat 2.5% perjawatan terdiri dari Pengurusan Tertinggi, 44% gred Pengurusan dan Profesional dan 53.5% adalah pegawai sokongan.

Selain itu, pihak berkenaan juga mendedahkan sejak ESSCOM ditubuhkan pada 1 April 2013, peruntukan dan perbelanjaan belanja mengurus dan pembangunan bagi tahun 2013 dan 2014 adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual.

Wong berkata, walaupun jumlah perbelanjaan pada tahun 2013 dan 2014 melebihi RM18juta, tetapi sehingga kini keselamatan Sabah Timur masih belum dipertingkatkan. Beliau mengkritik kerajaan setiap tahun memberikan bajet yang banyak kepada pihak polis dan tentera termasuk ESSCOM, tetapi masih tidak berkesan, beliau berharap pihak berkenaan dapat mewujudkan sasaran supaya dapat menggunakan peruntukan dengan berkesan.

Selain itu, beliau juga mengkritik walaupun kerajaan menggunakan wang yang banyak, malah melaksanakan beberapa undang-undang baru untuk membasmi jenayah, tetapi kerajaan tetap tidak menuruti semangat demokratik, menggunakan “Akta Hasutan” dan” Undang-undang Pencegahan Keganasan” untuk menentang parti pembangkang dan bukannya terhadap kes jenayah.


Beliau menyifatkan tindakan tersebut adalah salah menggunakan sumber, kerajaan mengambil wang rakyat untuk menggaji anggota polis menyiasat parti pembangkang adalah tidak betul, kerana parti pembangkang merupakan bahagian yang penting dalam politik demokratik, tetapi kerajaan pula membazirkan wang rakyat, mengarahkan polis Special Branch mengekori, menyiasat dan mengambil tindakan terhadap parti pembangkang, bukannya menggunakan sumber dengan betul, membuat rondaan untuk membasmi jenayah.


Kata beliau, walaupun Perintah Berkurung telah dipanjangkan melebihi 17 kali, tetapi masalah tetap timbul, pihak berkenaan harus mendapatkan cara penyelesaian, termasuk membangunkan ekonomi, menangani masalah pendatang asing dan pekerja asing. 


Beliau berharap kerajaan dapat membentangkan perancangan yang berkesan dalam RMK11 yang bakal dibentang di Parlimen. Beliau berkata, anggota polis bukanlah ditugaskan untuk mengambil tindakan terhadap parti pembangkang, tetapi untuk menangkap penjenayah!   

No comments:

Post a Comment