DPBS ANJUR KURSUS TEKNOLOGI MAKANAN 17-18HB APRIL INI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

 
SANDAKAN:- Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah-Sandakan dengan kerjasama Pejabat Parlimen Beluran dan Mardi  akan menganjur Kursus Teknologi Makanan dua hari berturut-turut bermula pada 17hb dan 18hb April ini.


Kursus tersebut akan diadakan  di pusat latihan Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah Bandar Prima Square KM7.9 Jalan Utara  bermula pada jam 8.00 pagi.


Pengerusi Perhubungan merangkap Ahli Majlis Tertinggi DPBS  Mohd Jorgy Hj Juana memberitahu kepada The Sabah Insider kursus tersebut dianjurkan  adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para usahawan warga Beluran seramai 40 persta dalam selok belok pengendalian makanan.


Katanya  Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee dijangka akan melakukan majlis upacara penutupan kursus tesebut pada 18hb April ini.



No comments:

Post a Comment