SARANAN PAIRIN PERJUANGAN AUTONOMI SABAH DISOKONG PENUH MP SANDAKAN

OLEH:- SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Tindakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang menyeru pimpinan dalam negeri ini supaya bersatu padu  memperjuanngkan autonomi Sabah.

Ahli Parlimen Kawasan Sandakan (DAP) Stephen Wong memberikan sokongan penuh terhadap saranan Pairin itu  dan sambil menggesa pemimpin jangan melakukan perbuatan yang boleh mematahkan  semangat perjuangan.

Tan Sri Pairin mengeluarkan kenyataan tersebut untuk membalas komen bekas ketua menteri Tan Sri Harris Salleh.

Wong berkata, Tan Sri Harris sebagai salah seorang bekas ketua menteri, kini autonomi Sabah semakin berkurangan,beliau tidak boleh menolak tanggungjawab. Kini ada orang ingin memperjuangkan autonomi Sabah, 

walaupun beliau tidak ingin melakukannya, tetapi sekurang-kurangnya harus memberi sokongan, bukanlah mematahkan semangat, seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Pairin.

Beliau berkata, kini Sabah hanya memperoleh 5% royalti minyak, dan kehilangan seluruh pulau Labuan, Tan Sri Harris sepatutnya memikul tanggungjawab yang terbesar, kerana pada masa tersebut Tan Sri Harris adalah Ketua Menteri Sabah.

Wong berkata lagi  selepas Tan Sri Pairin mengetuai PBS balik ke pangkuan BN, beliau telah berubah sepenuhnya, dan tidak lagi giat berusaha memperjuangkan kepentingan negeri Sabah dan rakyat Sabah, selama ini hanya bergembira di bawah pimpinan BN, kini beliau berani tampil ke depan dan menyeru pemimpin dalam negeri bersatu hati, memperjuangkan autonomi Sabah, ini amat menggembirakan.

“Diharapkan beliau kali ini benar-benar membantu memperjuangkan autonomi Sabah, jangan sesekali hanya mempergunakan orang Sabah untuk menentang Pakatan Rakyat dan DAP” jelas Wong.

Wong juga mengingatkan Tan Sri Pairin, beliau merupakan pengerusi jawatankuasa khas Sabah yang kedua, pernah mencadangkan pemberian kad pengenalan Sabah, DAP juga menyokong penuh cadangan beliau, diharapkan beliau dapat berusaha demi kaum dan seluruh rakyat sabah, walaupun tindakan ini agak lewat. Wong juga berkata, jika Tan Sri Pairin mengetuai PBS berdiri bersama dengan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 505, keadaan politik Malaysia kini akan berlainan.



No comments:

Post a Comment