SAMSUDIN: SARAN IBUBAPA SERTAI PROGRAM SEKOLAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SEKONG: Para ibubapa disaran  untuk  menyokong apa jua program sekolah yang diadakan   demi menyuntik semangat anak-anak sebagai pemangkin mencapai kejayaan dalam arus pendidikan yang cermelang.

Melalui penglibatan para ibubapa dalam menjayakan segala program  sekolah  ia menjurus untuk merapatkan lagi  hubungan mesra di kalangan warga PIBG, guru-guru dan para ibubapa yang lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Datuk Hj Samsudin Yahya berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Jalinan Mesra yang dilangsungkan di Dewan SK Mawar Sibuga kelmarin.

“Kita turut menghargai sumbangan para ibubapa yang turut melibatkan diri dalam menejayakan  program-program sekolah ini sejajar dengan program yang bartajuk Jalinan Mesra” ujarnya.


Program anjuran UMNO Batu Sapi itu telah dihadiri oleh Pengerusi dan AJK PIBG SK Mawar, Pegawai dan Kakitangan  UPPM Sekong dan termasuk AJK Bahagian UMNO Batu Sapi.

No comments:

Post a Comment