RESIPI MINGGU INI CUCUR UDANG RANGUP


SUMBANGAN: UMMIE SHIRA HANAFI

RESEPI CUCUR UDANG RANGGUP











Bahan-bahannya :
● 500g Udang - kopek kulit(jika suka), buang kepala (jika suka) dan bersihkan
● 1 biji Bawang Besar - hiris
● 1 genggam Taugeh
● 1 cekak Kucai - potong pendek
● 1 bj Putih Telur
● 1 sb Minyak Masak
● 1 st Cuka
● 1/2 kiub Ayam Knorr
● 4 senduk Tepung Gandum
● 1/2 st Serbuk Kunyit
● Garam, Air - secukupnya
● Minyak utk menggoreng
Cara-caranya :
1. Masukkan kesemua bahan2, kecuali air, ke dalam satu bekas besar. Gaul rata dan masukkan air sedikit2 sehingga menjadi adunan yg di kehendakki (tidak terlalu pekat atau cair).
2. Panaskan minyak dalam kuali besar untuk goreng terendam. Ambil adunan sesudu besar dan lenyekkan di tepi kuali supaya nipis. Balikkan cucur apabila lekang dari kuali dan goreng sehingga garing dan rangup. Angkat dan toskan minyak berlebihan.
3. Potong-potong dan hidangkan dengan hirisan timun, sengkuang dan kuah kacang.
KUAH KACANG SEGERA
Bahan-bahanya :
● 3 genggam Kacang Tanah
● 3 ulas Bwg Merah
● 10 biji Cili Kering
● Air Asam Jawa
● Garam, Gula
Cara-caranya :
1. Goreng kacang tanah dgn sedikit minyak sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng hirisan bwg merah dan angkat.
3. Goreng cili kering dan angkat.
4. Kisar kesemua bahan2 dgn air secukupnya.
Siap dan Selamat mencuba.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
Top of Form





No comments:

Post a Comment