PROJEK IMPIAN SABAH CAPAI SASARAN BANTU RAKYAT DILUAR BANDAR YANG KETINGGALAN DALAM PEMBANGUNAN .. ASAS

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
PITAS:-  Walaupun Parti Tindakan Demokratik (DAP) hanya parti pembangkang di Sabah yang tidak mendapat apa-apa peruntukan  daripada mana-mana pihak untuk membantu rakyat dan penduduk di kawasan pedalaman yang terpencil namun hasrat dan cita-cita untuk membatu penduduk yang telah tersisih daripada mendapatkan  kemudahan asas dan  sebagainya telah terlaksanak juga akhirnya.

Ini jelas Projek Impian Sabah di bawah kelolahan  DAP Sabah telah berjaya dan mampu memberikan sedikit projek asas seperti  Jalan Raya melalui pembinaan secara gontong royong besar-besaran yang membabitkan ahli-ahli DAP seluruh Sabah dan juga kerjasama intim daripada penduduk setempat.

Terdapat beberapa buah kampong yang telah terlibat dalam mendapat kemudahan daripada  DAP melalui Projek Impian Sabah ialah Kampung Pitas, Kampung Dowokon, Kampung Perupok, Kampung Nibang  Kampung Mandamai Salah Ubah.


Semua penduduk yang tinggal di Kampung-Kampung yang disebutkan ini  100 peratus rata-rata anak jati Sabah yang berketurunan Dusun, Kadazan dan Murud tapi amat menyedihkan sekali mereka masih  dahagakan dan ketinggalan dalam menikmati projek  pembagunan asas daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dari dahulu lagi sehingga kini.

Ketika dihubungi oleh Wartawan Kanan The Borneo Sabah Insider.Net Puan Dayang Zubaidah Datu Tahil yang juga Pegawai Khas II kepada Ahli Parlimen Sandakan (DAP) yang turut menyertai misi Projek Impian Sabah ke berapa buah kampong di pedalaman memberitahu tujuan DAP mengadakan misi projek impian Sabah adalah khusus membantu rakyat diluar Bandar yang telah terpinggir dalam menikmati arus perdana pembangunan asas seperti jalan raya, jambatan dan bekalam air bersih.



“Walaupun kami dipihak pembangkang tapi kami amat rasa simpati terhadap nasib mereka jadi kami membantu untuk membuat semua itu atas kemampuan kami saja”



“Saya bagi pihak DAP Sabah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk berkenaan kerana memberikan kerjasama yang lebih komited dalam mengadakan gotong royong itu dan semoga telah terbinanya jalan raya, jambatan dan bekalan air bersih dapatlah dimenfaatkan sepenuhnya” ujar Zubadah.

No comments:

Post a Comment