PROGRAM KESEDARAN PENGGUNAAN GST ANJURAN MPWK DAN GABUNGAN BATU SAPI DAPAT SAMBUTAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:- Rakyat seharusnya menyambut baik kepenggunaan GST yang akan berkuatkuasa pada 1hb April ini  yang bakal  dilancar diseluruh Negara.

Penggunaan GST 6 persen terhadap barangan tertentu  ia bagi mengganti SST (Sales Service Tax)  yang sedia diguna pakai di restoran-restoran berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya berkata demikian ketika merasmikan Program Kesedaran Penggunaan GST anjuran gabungan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Batu Sapi, KRT , JIWITA,MIC,PBS dan kumpulan Marhaban Sekong.
 
Samsudin berkata rakyat agar tidak salah mentafsir bahawa GST akan membebankan rakyat namum sebaliknya hanya barang-barang tertentu sahaja yang dikenakan cukai GST.

Program tersebut anjuran Gabugan itu telah menjemput Nasib Yusof daripada Kastam dan Omar daripada KPDNKK untuk memberi ceramah mengenai kaedah GST.
 
Dalam ucapan alu-aluan Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Puan Rahimah Arsah mengucapkan kepada MIC, PBS KRT, MPWK JUWITA dan kumpulan Maehaban  atas kerjasama bagi  menjayakan program yang julung-julung diadakan.


“Saya berharap  orang ramai yang telah mengikuti ceramah-ceramah yang telah disampaikan oleh pihak Kastam dan KPDNKK mengenai kepengguaan GST agar dapat dimenfaatkan dapat difahami dengan mendalam” ujar Rahimah.

No comments:

Post a Comment