PERWANI DITUBUHKAN UNTUK SATUKAN WANITA-WANITA KOMPONEN BN...KATA SALEENA

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI

ALBUM... Saleena bergambar dengan ahli-ahli Wanita PBS di program PERWANI




SANDAKAN:- Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Tanjung Papat mengadakan program PERWANI atas nama Salam Bersatu yang diketuai sendiri oleh Ketua Wanita PBS Bahagian Tg Papat Puan Saleena Titi dikediamannya di Taman Sejati Saujana Jalan Airport dekat sini pagi tadi.

Kata Saleena PERWANI ditubuhkan dibawah tajaan Wanita UMNO Sandakan bertujuan untuk menyatupadukan wanita-wanita dalam komponen Barisan Nasional (BN) yang membabitkan UMNO,LDP.UPKO.PBS.MCA.MIC dan PBRS.


Program hari ini kata Saleena adalah untuk  belajar membuat kuih muih  dan lain-lain juadah di kalangan para ibu.
  

“Setiap program anjuran PERWANI  yang dijalankan mereka telah mendapatkan gamjaran   atau imbuhan sebanyak RM500.00 akan dibayar selepas program itu selesai oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan” ujarnya.

No comments:

Post a Comment