PERTANDINGAN BINTANG KARAOKE TAJAAN RED ONE DAPAT SAMBUTAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Kaunter yang dibuka di Harbour Mall dekat sini hari ini untuk menjual tiket bertuah dan pendaftaran untuk menyertai Pertandingan Bintang Karaoke Tajaan Red One yang bakal diadakan pada 18hb April ini  dapat sambutan yang amat menggalakan daripada penduduk setempat.

Kaunter yang dibuka pada awal jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang telah berjaya menambat hati orang ramai lebih 100 orang  mereka telah membeli tiket bertuah harga RM10.00 dan dapat percuma dua sim kad tajaan Red One.

Selain itu  itu mereka yang  menyertai pertandingan bintang Karaoke setakat ini seramai 40 orang telah mengisi borang penyertaan dengan sekaligus membayar yuran kemasukan pertandingan RM30.00

Pengerusi Kelab Penyokong BN Sandakan Puan Hajah Rauyah Baharul Asyik berkata tujuan menganjur pertandingan karaoke selain untuk mencungkil bakat terpendam disamping itu mencari dana untuk tabung kelab berkenaan.

Katanya lagi pertandingan nyanyian bintang karaoke tarikh tutup penyertaannya pada 10hb April dan untuk pemilihan peserta bagi melayakan diri untuk kepertandingan  peringkat akhir ialah pada 11hb April 2015.

“Hanya 12 orang saja yang bakal dipilih kepertandingan peringkat akhir yang bakal beremtap pada 18hb April nanti Dewan Masyarakat Sandakan bermula pada jam 8.00 malam.

Orang ramai yang berminat ingin menyertai pertandingan ini mereka masih boleh mendaftar diri dikaunter-kaunter di mana ianya dibuka sambil membeli tiket bertuah untuk mendapatkan pelbagai hadiah menarik dan limayan.



No comments:

Post a Comment