KELAB PENYOKONG BN SANDAKAN BUKA KAUNTER PENDAFTARAN AHLI 10HB HINGGA 16 MAC 2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Untuk menambahkan ahli  Kelab Penyokong BN Sandakan akan membuka kaunter pendaftaran di Harbour Mall dekat sini pada 10hb hingga 16hb Mac ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang.

Selain itu Kelab ini  juga membuka kaunter pendaftaran keahlian untuk kawasan Kinabatangan dan Beluran tempat yang sama juga.

Pengerusi Kelab Penyokong BN Sandakan Puan Hajah Rauyah Baharul Asyik berkata selain Kelab ini membuka kaunter pendaftaran ahli baru ia juga mengadakan jualan tiket bertuah atas tajaan Red One, dan setiap pembelian Tiket Bertuah akan mendapat dua Sim Kad percuma daripada Red One.


Katanya orang ramai yang berminat untuk menjadi ahli Kelab ini antara umur 18 tahun bolehlah datang untuk mendaftar diri khususnya dari kawasan Kinabatangan dan Beluran pada tarikh dan masa yang telah dijadualkan itu.

Sementara Kelab ini juga mengadakan Malam Amal pada 18hb Mac ini bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan.

Acara kemuncak pada Malam Amal tersebut ialah Pertandingan  Nyanyian Karaoke terbuka kepada masyarakat Sandakan dan orang ramai yang berminat untuk menyertai pertadingan nyayian karaoke anda bolehlah  mendaftar hanya membayar  yuran kemasukan pertandingan  RM30.00  sahaja di kaunter-kaunter berkenaan.


Anda yang berminat boleh menghubungi talian No 013-553-5838 pada bila-bila masa saja


No comments:

Post a Comment