GST BEBANKAN RAKYAT TIDAK WAJAR DILAKSANAKAN DI SABAH KATA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Timbalan Pengerusi DAP  Stephen Wong Sabah mempersoalan  penggunaan  GST tidak wajar  dilaksanakan di Sabah sebab kena bayar GST lebih tinggi berbanding dengan orang semenanjung

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sandakan  menggesa Kerajaan Persekutuan menghentikan pelaksanaan GST dengan serta-merta, jangan menambahkan beban rakyat.

Beliau  berkata, isu hutang 1MDB yang kini hangat dibincangkan, sebenarnya syarikat tersebut telah menanggung hutang melebihi RM42 billion, merupakan 84 kali kepada RM500 juta hasil GST yang dianggarkan dapat dikutip di Sabah dalam setahun. Ini bermakna, satu syarikat milik kementerian yang tidak berguna telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM42 billion, dan jumlah wang tersebut kena mengutip GST selama 84 tahun berturut-turut baru dapat dikembalikan!

Beliau berkata, kerajaan tidak berupaya untuk menguruskan wang rakyat, kini pula mahu mengutip GST daripada rakyat. Beliau berasa amat geram, orang Sabah kena membayar cukai yang lebih tinggi, harga barang juga lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung, kini kerajaan bukan sahaja tiada membantu Sabah menaiktarafkan kemudahan asas dan menangani masalah, malah membazirkan dana awam secara berterusan, mengakibatkan jurang kemiskinan semakin bertambah, tidak adil langsung.

Wong mengutuk keras perbuatan kerajaan yang melaksanakan GST dengan alasan tiada wang, tetapi di sebaliknya membazirkan dana awam, membiarkan syarikat kroni “merompak”  wang rakyat. 

Kata beliau, kerajaan patut menghentikan pelaksanaan GST di Sabah, sehingga pembangunan kemudahan asas dan taraf kehidupan orang Sabah setanding Semenanjung, barulah melaksanakan GST.

Beliau berjanji, DAP akan terus berjuang dan membantah sebarang dasar yang tidak adil dan tidak memanfaatkan rakyat, seperti dasar Kabotaj dan pemberian sumbangan modal kepada SESB. DAP pasti akan membantah keras kerajaan terus membantu 1MDB, kerana wang tersebut sepatutnya digunakan untuk menjalankan program pembangunan yang membawa faedah kepada rakyat, terutamanya membantu negeri Sabah dalam pembangunan kemudahan asas.    


Selain itu, beliau juga menyokong kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Salleh, dan berpendapat bahawa kerajaan negeri patut mengembalikan kuasa autonomi dan memulihkan sistem persekutuan negara kita.

Sementara itu, berhubung dengan isu kerajaan negeri mempunyai kuasa perlembagaan untuk menuntut 40% hasil cukai Sabah daripada persekutuan, beliau berasa terkejut dan mengkritik kerajaan negeri tidak menyedari seksyen perlembagaan ini sepanjang setengah abad yang lalu.

Wong bertanya kerajaan persekutuan, dalam 50 tahun yang lalu, semenjak Malaysia ditubuhkan, Sabah telah bayar berapa cukai kepada kerajaan persekutuan, dan berapa daripada cukai tersebut diberikan kepada kerajaan negeri?


Kata beliau, jika kerajaan negeri berhak menuntut 40% hasil cukai, hasil cukai Sabah sebanyak RM1.2billion yang dianggarkan akan dikutip pada tahun ini, kerajaan negeri akan menerima pendapatan hampir RM500 juta untuk menjalankan projek pembangunan Sabah. 

Beliau berkata, kini merupakan peluang terbaik untuk melaksanakan pengagihan kuasa, sedangkan kerajaan negeri berkuasa mengikut perlembagaan, maka kerajaan negeri patut mengembalikan kuasa autonomi dan keadilan kepada rakyat Sabah.  

No comments:

Post a Comment