DENGAN USAHA GIGIH PERNIAGAAHN HAJAH BB MASRAH BERTAMBAH MAJU

RENCANA DAN FOTO
SHAIMON S JUMADI
ssjumadi@gmail.com


KATA pepatah dimana ada kemahuan pastinya ada jalan dan rajin berusaha pasti menemui jalan kejayaan itulah ungkapan-ungkapan sedikian  yang sering dilafaskan.

Untuk menceburi dalam dunia perniagaan sama ada secara kecil-kecilan mahupun secara besar-besaran itu memerlukan modal besarkah atau kecil itu sudah menjadi satu kelaziman.

Bagi mencapai sesuatu kejayaan dalam lapangan perniagaan ialah perlu mengambil kira dalam beberapa sudut aspek, pertama ia mempunyai sifat-sifat kesabaran, cekal hati, tabah tidak mudah putus asa ia merupakan kunci kejayaan seseorang yang telah menceburi bidang perniagaan.

Inilah yang telah dilakukan oleh seorang peniaga bumiputera yang telah berjaya membuka perniagaannya ditengah-tengah Bandar Sandakan di Blok 6 Tingkat Bawah Lot D.
 
Orang yang dimaksudkan itu ialah Puan Hajah  BB Masrah  yang berasal dari Kampung Bokara mula berjinak-jinak dalam lapangan perniagaan pada 2008  secara kecil-kecilan sehinggalah berjaya sehingga kehari ini.

Jenis perniagaan yang dijalankan pertama menjual pakaian, handbag dan alat-alat solek (Kosmitik) dengan bermodalkan sebnayak RM100, 000.

Kata Hajah BB sebagai menambah jualannya ia sekarang sebagai egen menjual produk Trip Stem Cell dibawah tajaan Born For Success Sdn Bhd yang diasaskan oleh seorang anak jati Sabah iaitu Muslin bin Andipa.

Born For Success yang diceburi ooeg Hajah BB berkonsepkan ala perniagaan Net Working  bermula pada  Bulan November 2014 dan kini telah menembusi pasaran yang lumayan.

Nama perniagaanya  BB Masra selain menjual produk Trip Stem Cell dan kopi Bulan Madu tajaan Born For Success  sebagai  stockis  ia   juga sebagai agen  iaitu  menjual produk Stevia (gula sihat) dibawah tajaan RCC Globas Sdn Bhd.

Sebagai makluman tambahan Born For Succsess Sdn Bhd baru saja membuka cawangannya di daerah Lahad Datu dan telah dilancarkan oleh seorang peniaga anak jati Lahad Datu iaitu Dato Ariffen Hamid Merican baru-baru ini.

Selain Hajah BB Masra berjaya membuka perniagaan Butik  atas nama BB Masra ia juga mempunyai rangkaian satu perniagaan iaitu Borneo Business Centre yang diterajui oleh suamnya iaitu Miserah Mino.

Dalam pada itu selain Hajah BB pemilik Butik  BB Masra  yang menumpukan perniagaannya  menjual pakaian dan aksesores dia juga mempunya lesen kontraktor atas nama BB Kontraktor sebagai pembekal utama alat-alat kosmetik ke Giat MARA Batu Sapi, Binaan dan menganjur pelbagai seminar bermula sejak tahun 2010 lagi.

Untuk menjana pendapatan sampingan suami BB iaitu Miserah Moni telah membuka restoran MN Masrah di Putatan Kota Kinabalu bermula pada Februari 2015 baru saja.

Antara juadah dan menu  makanan yang disediakan ialah makanan ala masakan Jawa iaitu Pecel, Gado-Gado Nasi Penyet, Nasi Lalap dan Sup Tulang.

Orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat catering kumi-muih mereka boleh membuat tempahan awal dengan menghubungi talian H/P 0168350848 Miserah Mino.

BB juga kini mempunyai lori 5 ton nombor plat untuk disewahkan bagi  mengangkut  dan penghantaran barang-barang


No comments:

Post a Comment