AJK KRT APARTMENT INDAH JAYA-AJK MUSLIMAH MASJID NURUSYAKIRIN TMN INDAH JAYA BUAT LAWATAN AMAL

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: ROHANY M J


Gambar Album:- AJK KRT Apartment Indah Jaya bersama AJK Muslimah Masjid Nurusyakirn Taman Indah Jaya dan anak-anak Yatim sewaktu lawatan amal.

SANDAKAN:- Lawatan amal kerumah anak-anak Yatim Selawat Nabi Taman Sejati Ujana  yang dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa KRT Apartment Indah Jaya bersama Ahli Jawatankuasa Muslimah Masjid Nurusyakirin Taman Indah Jaya yang dilangsungkan  pagi tadi betul-betul membawa berkat yang diredhai Allah.

Lawatan seumpama ini harus dilakukan olehj mana-mana badan NGO atau  badan-badan  pertubuhan tajaan kerajaan kerumah anak-anak yatim untuk meninjau lebih dekat lagi agar setiap masalah yang mereka hadapi dapati diatasi untuk ditangani.


Pengerusi KRT Apartment Indah Jaya Ustazah Sapiah Abdul Rahim memberitahu selain tujuan lawatan amal itu untuk mendekati golongan  anak-anak yatim sambil memberikan sedikit bantuan ia juga dapat menggembirakan kepada anak-anak yatim yang tidak punya  ayah dan ibu.

 
“Kita sebagai manusia yang sempurna tidak meminggirkan golongan ini kerana mereka tidak pernah   meminta semua ini apa buat boleh ini semuanya sudah suratan takdir yang menentukan menimpa kepada anak-anak yatin” ujarnya.



Kata Sapiah lawatan amal ini tidak hanya sampai disini saja  sebagai pertubuhan tajaan kerajaan khurusnya KRT akan lebih memainkan peranan penting  ke arah membuat kerja-kerja amal untuk membantu sedikit sebanyak terhadap golongan yang kurang bernasib baik dalam pelbagai aspek.

No comments:

Post a Comment