8,282 PRODUK PELBAGAI BARANGAN DITURUNKAN HARGA TAPI TERKECUALI SABAH....HASAN MALEK

By Admin

KUALA LUMPUR - Sebanyak 8,285 produk pelbagai barangan telah diturunkan harga sebanyak 70 peratus sejak Kempen Penurunan Harga 2015 peringkat kebangsaan dilancarkan awal bulan ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kempen itu melibatkan 1,036 pengusaha industri runcit termasuk pasar raya besar serta pasar raya mini di seluruh negara. 

Katanya perkembangan positif itu adalah hasil perbincangan antara kerajaan dan penggiat industri bagi menjayakan kempen penurunan harga barang.   

"Kerajaan telah buat kempen penurunan harga sejak 2008 sehingga kini. Penyertaan merupakan komitmen secara sukarela dengan peratusan penurunan harga  barang keperluan antara 10 hingga 70 peratus.    


"Saya anggap kempen tahun ini bersejarah kerana sehari sebelum kempen dilaksanakan, kerajaan telah umum kenaikan harga minyak sebanyak RM0.25 tetapi ia tetap mendapat kerjasama pihak terbabit," katanya menjawab soalan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu).  

Abdul Aziz bertanya sama ada kementerian bercadang mewujudkan jawatankuasa yang dapat mencari resolusi menurunkan harga barang sejajar penurunan harga
minyak.


Menjelas lanjut, Hasan berkata adalah menjadi harapan kerajaan agar kempen ini akan membantu meringankan beban rakyat terutama mereka dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah.  

Justeru, beliau menyeru pelbagai pihak lain, termasuk pengusaha restoran agar menyertai kempen itu dengan menawarkan harga berpatutan kepada pengguna dan tidak mengambil kesempatan mengenakan harga yang tidak munasabah.  

Menjawab soalan tambahan Abdul Aziz yang ingin tahu kaedah yang diambil kerajaan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang sesuka hati, Hasan berkata kerajaan telah menambah kira-kira 2,000 pegawai penguat kuasa bagi memantau harga barang keperluan.  

Katanya pemantauan itu juga dibantu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang telah dilantik di setiap kawasan parlimen dengan melaporkan terus kepada ibu pejabat kementerian sekiranya terdapat kenaikan harga barang di kawasan mereka.

Hasan berkata, peningkatan statistik aduan daripada pengguna juga meningkat membuktikan pendidikan yang dijalankan memberi kesan kepada pengguna selain
menjadikan pengguna peka dengan perkembangan harga barang keperluan.  

"Kita didik pengguna supaya prihatin. Maka mereka akan bersama membantu kementerian memerangi peniaga yang enggan ikut arahan supaya turun harga barangan," katanya.  

Pada 2013, sebanyak 11,851 aduan mengenai harga barang telah diterima dan kerajaan telah menyelesaikan 97 peratus manakala aduan pada 2014 meningkat
kepada 14,089 (16 peratus).  

"Bila ada respons pengguna, ini membuktikan mereka bagi kerjasama penuh dan mahu memerangi peniaga tidak bertanggungjawab. Dan kita dapat kawal perkara
ini," katanya.

Sementara di Sabah khususnya di Sandakan ramai peniaga masih lagi memekalkan harga barang  dan ada sesetangah peniaga ada yang telah menaikan harga barangan hingga 80 peratus dengan alasan cukai GST.

Ini sebenarnya kelalaian  dan kecuaian pihak KPDNKK  sendiri kerana gagal memantau harga barang disetiap sudut primes pernigaan jadi para peniaga yang degil telah mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan dengan sesuka hati mereka saja
- Bernama


No comments:

Post a Comment