VOCALIST BAND MELODY GROUP AWANG MASRAN JUARA BINTANG RADIO SDKFM 2014

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Penyanyi tunggal Band Melody Group Awang Marsan yang mendendangkan  dua buah lagu berjudul Ghazal Asmara dan Aku Penghibur telah  membawa tuah kepadanya (Awang)  dan    telah dinobatkan sebagai Juara Bintang Radio SDKFB 2014 setelah menewaskan lima peserta lainnya dalam pertandingan nyanyian Bintang Radio Sdkfm anjuran RTM.

Sebelum ini Awang  berapa kali telah  muncul sebagai  juara menerusi pertandingan pertandingan nyanyian karaoke dan sebagainya.


Menurut Band Leader The Melody Group Shaimon S Jumadi (gambar)  awal-awal lagi telah menjangkakan Awang Masran mesti muncul sebagai juara Bintang Radio SDKFM  kerana gaya persembahan serta kelincahannya semasa beraksi dipentas .

 
“Saya selaku Band Leader Band Of The Melody Group mengucapkan tahniah dan syabas kepada Awang ia bukan sekadar mengharumkan nama peribadinya sebagai seorang penyanyi bahkan juga turut mengharumkan nama Band Melody Group dipersada muzik tanah air” jelasnya.


Dalam pada itu Awang mengucapkan terima kasih kepada teman-teman dan serta anggota keluarga  kerana memberikan sokongan dan semengat sehingga beliau dinobatkan sebagai Juara Bintang Radio SDKFM 2014








No comments:

Post a Comment