SAMSUDIN SAMPAIKAN BANTUAN ZINK MANGSA KEBAKARAN KG GAS BARU

OLEH: SHAIMON S JUMADI




SEKONG:Kebajikan penduduk di satu-satu kawasan Kampung terus terpelihara terutaamanya  mereka yang ditimpa musibbah seperti kebakaran dan lain-lain bencana alam


Seperti tragedi kebakaran   yang berlalu dikampung Gas Baru para mangsa terbabit tidak pernah dipinggirkan oleh pemimpin kerajaan mereka terus mendapat pelbagai bantuan daripada agensi-agensi kerajaan

Demikian dijelaskan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong Datuk Haji Samsudn Yahya ketika memberi ucapan ringkas sempena majlis menyerahan bantuan zink kepada penduduk-penduduk Kampung Gas yang pernah menjadi mangsa kebarakan dua bulan lalu.

Bantuan berupa zink lain-lain peralatan  itu disumbangkan oleh  Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan upacara  penyampaian telah disempurnakan oleh ADUN Sekong.

Samsudin berkata tujuan memberi bantuan seumpama itu adalah untuk membantu bagi meringankan sedikit beban yang ditanggug oleh para mangsa terbabit.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Hajah Rahimah Asrah, Pegawai Kebajikan Masyarakat Kasrin Achildan  pegawai-pegawai kanan daripada UPPM Sekong.



No comments:

Post a Comment