PAS DAN DAP UCAP TAHUN BARU CINA GONG XI FA CAI KEPADA PENGUNDI...HAMZAH -WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sebagai menghargai  dan tidak melupai jasa-jasa  kepada  pengundi kaum Tiong Hwa (Cina) kawasan Batu Sapi  Pesuruhjaya PAS Batu Sapi Haji Hamzah Hj Abdullah  sempena menyambut Tahun Baru Cina beliau bagi pihak PAS telah mengagih-agihkan Ang Pou  dan buah Limau Manderin kepada penduduk Taman Sibuga, Tanah Merah  Dan Taman Mawar pagi tadi.

Setibahnya beliau dan rombongan ke pasar Taman Sibuga, Pasar Tanah Merah dan Pasar Taman Merah mereka telah disambut mesra oleh kaum masyarakat Cina di ketiga-tiga tempat itu.

Walaupun PAS merupakan  parti Islam tetapi semasa pilihanraya umum PRU 13 lalu Hj Hamzah memperolih  9,500 undi dan  70 peratus undi datangnya daripada masyarakat Cina di kawasan Batu Sapi.

Dengan itu sempena Tahun Baru Cina Beliau dan Ahli Jawatankuasa PAS Batu Sapi ingin mengucapkan Kong Hee Fatt Choi (Gong Xi Fa Cai) kepada sahabat  handai terutama sekali kaum cina yang bakal menyambut tahu baru pada esok.


Sementara DAP Sandakan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi DAP Negeri yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong dan rombongan telah mengagih-agihkan kad ucapan dan kad  jemputan rumah terbuka Kong Hee Fatt Choi DAP pada 28hb Februari ini di Kenalanmu Restoran bermula pada jam 10.00 pagi hingga tengahari.

Wong sebagai Ahli Parlimen Sandakan tidak lupa mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada para pengundi kawasan Sandakan dan menjemput seluruh rakyat jelata tanpa mengira idologi fahaman politik yang berbeza adalah dijemput hadir ke majlis rumah terbuka itu nanti.




No comments:

Post a Comment