MP SANDAKAN SOKONG PIHAK KERAJAAN DAFTAR SEMULA PENDUDUK SABAH YANG MEMPUNYAI IC RAGUI

OLEH: SHAIMON S JUMAD

SANDAKAN:- Cadangan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk mengadakan pendaftaran semula kerakyatan di Sabah supaya dapat menangani masalah pendatang asing  di negeri ini kian berlambak akan dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.

“Dengan tindakan pihak kerajaan berbuat demikian ini satu harapan besar bagi penduduk Sabah ianya dialu-alukan dan disambut baik oleh semua pihak” Kata Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong ketika mengulas satu kenyataan yang tersiar dimedia baru-baru ini.

Wong juga pernah mencadangkan sebanyak 2 kali untuk meluluskan pemberian kad pengenalan Sabah di persidangan Dewan Rakyat, untuk menangani masalah pendatang asing yang dihadapi oleh negeri Sabah sekian lama ini.

Wong berkata, setelah pendaftaran semula kerakyatan Sabah dilaksanakan, kerajaan wajib mengumpul kembali kad pengenalan warga asing.
Kata beliau, cadangan Pairin untuk memberikan permit kerja yang sah ataupun kad pengenalan yang khas untuk mengenalpasti warga asing, juga merupakan cara yang boleh diterima.



Selain itu, Wong juga berpendapat bahawa selepas kerajaan mengumpul kembali kad pengenalan bukan penduduk Sabah, kerajaan harus mengeluarkan maklumat mereka daripada senarai pengundi, pastikan hanya orang Sabah yang layak untuk mengundi.




No comments:

Post a Comment