DR MAXIMUS.....BIDAS KENYATAAN ISMAIL SABRI BOLEH CETUSKAN KEMARAHAH KAUM CINA SELURUH NEGARA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Sri Dr. Maximus Ongkili turut membidas kenyataan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Sri Ismail Sabri Yaacob agar orang Melayu memboikot perniagaan Cina seperti yang tersiar laman Sosial (FB)nya  lima hari yang lalu.

Dr Maximus berkata selanjutnya sebagai seorang Mentei kabinet  seharusnya tidak boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu  yang boleh menyinggung hati dan perasaan bangsa lain ini jelas melalui sentiment sedemikian boleh mencetuskan kemarahan masyarakat Cna diseluruh Malaysia.
Maximus berkata demikian ketika memberi ucapan alu-aluan di Majlis Makan Malam Bersama Timbalan Presiden PBS disalah sebuah restoran di Pasir Putih malam tadi.


Katanya lagi kita sebagai rakan kongsi dalam pembetukan kerajaan yang membabitkan kaum Melayu, India dan Cina seharusnya Ismail pandai menjaga sensitivity kaum bangsa lain bukan cakap main lepas cakap sembarangan  sahaja tanpa memikirkan implikasinya.

Tambah Maximus lagi Mesyuarat cabinet yang diadakan dua hari lalu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut kesal apa yang telah dilakukan oleh Ismail Sabri yang sepatutnya tidak membuat sentimen yang boleh menyakiti hati bangsa lain.

Sambil mengingatkan ahli-ahli PBS Maximus berkata  sebagai rakan kongsi dalam cabinet kerajaan Negeri seharusnya mempunyai kesabaran hati walaupun parti PBS mendapat sedikit tekanan demi tekanan  daripada komponen BN yang tersebar.

Turut hadir pada Majlis tersebut Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin, Ketua Bahagian PBS Tanjung Papat, Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjng Papat Saleena Titi, Datuk Jahid Jahim dan para pemimpin kanan PBS Pusat.





No comments:

Post a Comment