DAP SANDAKAN DERMA RM3,500 UNTUK KOS RAWATAN ISTERI HJ BASHIT HJ OSMAN KE SEMENANJUNG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Atas dasar keprihatinan dan belas ihsan yang memerlukan bantuan dengan itu  Jawatankuasa Perhubungan DAP Sandakan telah menghulurkan bantuan  rakyat tanpa mengira kaum  dan fahaman  idologi  politik yang berbeza.

 Dengan ini  DAP telah menderma  sebanyak RM3,500.00  kepada isteri seorang pemimpin bumiputera  DAP Cawangan Kampung Sim-Sim  sebagai pembiayaan kos rawatan di Semenanjung.

Isteri kepada pemimpin Haji Basit Hj Osman  telah dijangkiti kanser perut, dan diaturkan untuk pergi ke Semenanjung menerima rawatan pada hari Ahad yang lalu.

Setelah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan DAP Sandakan Stephen Wong mengetahui keadaan isteri Haji Basit, beliau bersama dengan timbalan pengerusi George Hiew, naib pengerusi Calvin Chong, Frankie Poon dan lain-lain mengadakan kutipan derma, dan berjaya mengutip dermaan sebanyak RM3,500.00

MP Sandakan Stephen Wong mewakili pemimpin yang lain menyerahkan dermaan RM3500 kepada Haji Basit dan mendoakan isteri beliau pulih dan sihat.

Semasa Haji Basit menerima wang dermaan tersebut, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada MP Sandakan Stephen Wong serta pemimpin lain yang menghulurkan bantuan.
 



No comments:

Post a Comment