ZAKARIA TINJAU BINA PROJEK TEMBOK GABOIN

OLEH: SAIMON S JUMADI


TINJAU MASALAH.....Zakaria meninjau masalah hakisan di  Sungai Gum Gum semasa melawat Kampung Gum Gum baru-baru ini.








GUM GUM:-  Pembinaan tembok Gabion akan dilaksanakan untuk menangani masalah hakisan yang berlaku pada tebing Sungai Gum Gum di Kampung Gum Gum disini.

Kerja-kerja membina tembok lebih dari 120 meter panjang itu dijangka akan bermula dalam tempoh terdekat ini.

Pegawai Kemajuan Masyarakat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum Rosly Aziz bersama wakil Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri telah membuat pemeriksaan kelmarin untuk mengenalpasti lokasi yang terjejas.

Ini merupakan tindakan susulan dari tinjauan ADUN Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri yang turun padang untuk melihat sendiri masalah berkenaan setelah diajukan kepada beliau oleh penduduk kampung.

Masalah hakisan itu dilaporkan mula berlaku setelah hujan turun berterusan baru-baru ini.



No comments:

Post a Comment