WANITA UMNO SANDAKAN ANJUR MAJLIS MARHABAN,TAHALIL DAN DOA SELAMAT SAMBUT MAUDIL RASUL

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Majlis Marhaban, Tahalil dan doa Selamat  sempena menyambut Maudil Rasul SAW anjuran Pergerakan Wanita UMNO Sandakan yang diadakan di Rumah Puteri Harapan Noraini Sulong Taman Melanta walaupun disambut secara sedarhana tapi  banyak membawa pengertian tentang hadis-hadis nabi mengenai kisah hidup Nabi Junjung Besar Muhammed SAW.

Sebagai pengisian program tersebut ialah bacaan Berzanzi, Ceramah Agama dan juga Tahalil.

Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong berkata Rumahnya yang telah diwakafkan sebagai Rumah Puteri Harapan Noraini Sulong itu adalah untuk menempatkan anak-anak yatim perempuan dari umur 6 tahun sehingga 12 tahun.


Mereka tinggal dirumah itu akan dibiayai sepenuhnya oleh Noraini Sulong seperti perongkosan persekolahan mereka, makan,minum dan tinggal dirumah itu mereka akan mengikuti kelas bimbingan agama seperti mengaji Al Quran dan diajar solat.
 
“Kita sebagai insan jangan lupa kepada anak-anak yatim yang sememangnya mereka perlukan bantuan dan kasih sayang yang sepenuhnya” kata Noraini.


No comments:

Post a Comment