WANITA UMNO SANDAKAN SENTIASA BERDIRI TEGUH DIBELAKANG UMNO BAHAGIAN....KATA NORAINI

 OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong dalam ucapannya disidang Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sandakan pagi tadi antara menjelaskan Wanita UMNO sebagai tulang belakang akan tetap dan sentiasa berdiri teguh dibelakang Bahagian UMNO Sandakan.

Katanya Wanita UMNO akan membantu apa saja demi mempertahankan kedaulatan perjuangan UMNO diperingkat Bahagian hingga ke akar umbi.

“Maka dengan itu  demi mempertabatkan dan mengukuhkan perjuangan UMNO Bahgian lantas Wanita sebagai sayap kiri dan merupakan tulang dan tunjang perjuangan UMNO makanya Wanita UMNO memperbanyakan mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakat dalam beberapa aspek” katanya.
 NORAINI BERUCAP....Wanita UMNO Sandakan sentiasa berdiri teguh dibelakang UMNO Bahgian


“Saya beterima kasih kepada pucuk pimpinan  Bahagian dan serta ahli-ahli UMNO yang lain sama ada diperingkat cawangan Pemuda, Putri dan cawangan-cawangan Wanita telah memberikan kerjasama yang jitu kepada wanita UMNO Sandakan dalam membatu apa jua program yang dijalankan” ujarnya.


Katanya kerjasama yang erat dikalangan ahli-ahli UMNO Sandakan sememangnya diperlukan demi menjamin keutuhan perjuangan UMNO Sandakan untuk menghadapi musuh-musuh politik yang sentiasa mahu menggugat kestabilan politik di setiap masa dan waktu.




No comments:

Post a Comment