PEMUDA UMNO BATU SAPI ANJUR KEJOHANAN BOLA TAMPAR

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:- Melibatkan diri  dalam pelbagai jenis arena sukan sememangnya digalakan kaum belia untuk menyertai satu-satu jenis sukan yang digemari.

Dengan itu pihak kerajaan melalui  Kementerian Belia dan Sukan banyak membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membena gelanggan-gelanggan dan termasuk komplek sukan disatu-satu kawasan daerah.

Dalam penglibatan kaum belia  ke  arena suka ianya bukan sekadar untuk menyihatkantubuh badan, rohani dan mental ia juga sekaligus untuk mengindari para belie  terjebak daripada melakukan perkara-perkara negatif seperti terlibat dalam pengambilan dadah.

Ketua Bahagian UMNO  Batu Sapi yang juga ADUN Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya berkata demikian ketika menyempurnakan Kejohanan Bola Tampar  anjuran Pergerakan Pemuda Bahagan UMNO Batu Sapi di Dewan Masyarakat  Batu 8 Jalan Labuk Kelmarin.

Penglibatan para belia ke arena sukan selain bertujuan untuk mencongkel bakat-bakat baru  untuk mempertabatkan sukan bola tampar  dipersada tanah air ia juga menjurus membetuk perpaduan yang erat di kalangan para belia majmuk.

“Saya harap kejohanan sukan bola tampar yang dianjurkan oleg Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Batu Sapi tidak hanya sampai disini sahaja namun sebaliknya ia dijadikan satu acara kesukanan  tahunan  untuk menerap nilai-nilai murni dan  semangat jati diri generasi muda dalam membetuk  budaya sihat” katanya.




No comments:

Post a Comment