KRT TAMAN POH HING DAPAT BANTUAN KERUSI DARIPADA KETUA WANITA UMNO BATU SAPI

OLEH: SHAIMON S JUMADI
ssjumadi@gmail.com
 
BATU SAPI: Sumbangan sentiasa disaluran terhadap  mana-mana badan pertubuhan tajaan kerajaan mahupun badan-badan NGO lainnya yang memerlukan.

Dengan adanya pemberian sumbangan dan bantuan itu tadi ia membolehkan satu-satu badan pertubuhan itu dapat menjalankan pelbagai aktiviti kemasyakatan dengan jayanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya berkata demikian ketika berucap dimajlis penyampai sumbangan kerusi kepada KRT Taman Poh Hing baru-baru ini.

“Saya percaya dengan adanya sumbangan kerusi hasil sumbangan  daripada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Rahimah  Asrah KRT Taman Poh Hing akan dapat bergiat aktif menjalankan peranannya untuk menjaga taman ini dengan sebaik-baiknya” Ujarnya.

Sementara dalam ucapan alu-aluan Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Rahimah antara lain menyeru kepada ahli-ahli KRT Taman Poh Hing agar sentiasa menanamkan semangat kerjasama yang lebih intim dengan para penduduk demi menjamin keamanan  kesejahteraan  masyarakat setempat.

“KRT  yang merupakan agensi pertubuhan tajaan kerajaan pengerusi dan semua ahli-ahli jawatankuasa yang pilih agar dapat menjalankan tugas-tugas dengan penuh didikasi untuk menyampaikan maklumat   kepada pihak-pihak tertentu sekiranya di Taman mereka mempunyai masalah-masalah yang berkait rapat dengan penduduk setempat. Tambahnya.



No comments:

Post a Comment