RCI syor tubuh sekretariat kekal


RCI syor tubuh sekretariat kekal

 


PETALING JAYA:-Selepas siasatan berlarutan selama dua tahun, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hanya mengemukakan satu syor dalam laporannya setebal 368 halaman – penubuhan satu sekretariat kekal untuk mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Ia turut mencadangkan agar satu jawatankuasa pengurusan ditubuhkan dengan kuasa yang luas bagi menyokong sekretariat kekal itu.

Ia turut memberi pilihan kepada kerajaan untuk menubuhkan satu jawatankuasa perunding berhubung masalah imigran dan pendatang asing, sekiranya tidak bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa pengurusan.

Laporan itu juga menggariskan agar jawatankuasa tersebut diketuai oleh anggota profesional bebas yang berwibawa dan tidak terlibat dengan politik, termasuk pegawai tinggi kerajaan, ahli korporat, akademik, wakil persatuan guaman.

Syor itu menggariskan, majlis berkenaan seterusnya akan membincangkan dan meneliti masalah tersebut, dan seterusnya membuat laporan termasuk syor kepada sekretariat.

"Majlis ini perlu diberikan kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa atau jawatankuasa kecil untuk menangani aspek khusus mengenai imigran atau warga asing di Sabah,” laporan itu dipetik.

RCI yakin bahawa penubuhan badan sepertri itu akan dapat menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin dan juga masalah berkaitan dengan Sabah.

Suruhanjaya dianggotai enam anggota panel itu ditubuhkan pada 2012 dengan diketuai oleh bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim.

Laporan itu telahpun disiapkan sejak awal tahun ini namun tidak didedahkan kepada umum, sehinggalah hari ini. (
Sabahkini.net 
) POSTED BY THE SABAH INSIDER.net


No comments:

Post a Comment