PENGUATKUASA MPS SALAHGUNA KUASA SAMAN SEMBARANGAN SAJA...DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Tindakan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengeluarkan saman terhadap Bas Sekolah parking  di kawasan pasar Kim Fung telah menimbulkan kontraversi di kalangan para pemilik bas tersebut.

Mengenai kes tersebut Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong (gambar) yang telah menerima aduan daripada pemilik Bas Sekolah telah mengemukan aduan itu kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Jeffery Aman untuk meminta penjelasan dengan terperinci mengenai kedudukan bas sekolah yang tidak dibenarkan parking di kawasan pasar tersebut.
.
Jeffery Aman  yang menerima aduan tersebut daripada Stephen Wong pada Jumaat yang lalu, dan berkata akan mengambil tindakan untuk menyiasat perkara tersebut. Wong kini sedang menunggu penjelasan beliau.


Wong berasa amat hairan dengan tindakan penguatkuasa MPS yang mengeluarkan saman kepada pemandu bas sekolah, atas sebab bas sekolah tidak dibenarkan letak kereta di kawasan pasar. Beliau juga berkata tidak tahu tentang kewujudan peraturan tersebut.
Kata Wong, bas sekolah tidak dibenarkan meletak kereta di parking lot kawasan pasar, di manakah mereka harus letak kereta?

Wong meragui adakah pegawai penguatkuasa MPS telah salah guna kuasa, sedangkan kawasan tersebut tiada sebarang notis pemberitahuan melarang bas sekolah letak kereta.

Wong berkata, banyak “teksi sapu” letak kereta di kawasan bandar untuk menunggu penumpang, pihak penguatkuasa MPS tidak pernah mengambil tindakan untuk menghalau mereka atau mengeluarkan saman , tetapi hanya fokus mengeluarkan saman di kawasan Pasar Kim Fung dan di sekitar batu 4, mendenda bas sekolah yang letak kereta di tempat letak kereta, tindakan ini tidak dapat diterima.

Beliau menggesa pihak MPS, sebaik sahaja mengesahkan tiada undang-undang yang melarang bas sekolah letak kereta di kawasan pasar, MPS bukan sahaja patut membatalkan saman tersebut, malah harus ambil tindakan terhadap pegawai penguatkuasa yang salah guna kuasa, untuk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi, dan mengembalikan keadilan kepada pemandu bas sekolah tersebut.



No comments:

Post a Comment