PENDUDUK PERUMAHAN LPPB DAN SRI TAMAN MENDAPAT KEMUDAHAN REKREASI TERMODEN......AU

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO DAVID ONG

ELOPURA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Datuk Au Kam Wah memberi jaminan bahawa penduduk perumahan LPPB dan Sri Taman di kilometer 6.9 Jalan Utara akan mendapat kemudahan rekreasi moden kini projek pembinaannya  sedang berjalan lancar berhampiran dengan kawawan perumahan tersebut.

Au  berkata demikian  kepada media sejurus selepas dalam rangka lawatan ketapak projek tersebut  bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (MMP) sambil diiringi Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakat Dalam Bandar (JKDB) Datuk Haji Alipudin KK Puyon dan Pengerusi Rukun Tetangga Sri Taman Hussien Sukan kelmarin.

Selanjutnya beliau juga memberitahu bahawa projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia ini dilaksanakan bawah rancangan Jabatan Landskap Negara bagi membina sebuah taman dengan kemudahan – kemudahan rekreasi dan landskap supaya menggalakkan penduduk berdekatan untuk bersenaman dan riadah.

Katanya Taman rekreasi baru ini mempunyai sebuah padang bola sepak luar, dan juga sebuah taman permainan bagi kanak – kanak yang lebih  luas, di mana lantai bagi kawasan tersebut akan diliputi dengan pad getah bagi menjaminkan  keselamaan.


“Di samping itu, terdapat juga plaza riadah dan kecergasan dengan kemudahan beberapa peralatan kecergasan, menawarkan lokasi yang sesuai dan selamat kepada penduduk untuk menjalankan aktiviti kesihatan yang mudah.
 Bangku – bangku batu dan laluan pejalan kaki simen juga akan dibinakan di sekeliling taman serta untuk mewujudkan persekitaran yang hijau dan nyaman, pihak berkuasa juga akan menanam pokok di sekitarnya.: Ujarnya
Tambahnya walaupun projek pembinaan baru sahaja dilancarkan, namun keseluruhan projek ini dijangka akan siap sepenuhnya  dalam masa terdekat ini  dan akan terbuka kepada orang ramai selepas penyiapan.

Sementara Pengerusi JKDB Sri Taman dan Pengerusi Rukun Tetangga Sri Taman disaran supaya mewujudkan program mengajar penduduk tempatan dan kanak – kanak tentang penggunaan dan penjagaan harta awam supaya mengelakkan berlakunya vendalisme kemudahan taman tersebut kerana pernah kemudahan yang baru dipasang telah dirosakkan sepenuhnya dalam masa 1 minggu sehingga orang lain tidak dapat menggunakannya.

Au  memandang serius  terhadap isu – isu penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan taman rekreasi dan  berharap penduduk tempatan supaya menghargai dan memelihara harta benda awam yang disediakan khususnya kemudahan yang direka cipta, kerana apabila peralatan ini dirosakkan ia amat sukar diperbaiki.


Au berkata  lagi bahawa Perumahan LPPB adalah kawasan Elopura pertama mempunyai taman rekreasi moden, halatuju pembangunan seterusnya pada tahun hadapan akan memberi tumpuan lebih dalam menaiktaraf kemudahan di taman – taman rekreasi di sekitar kawasan Elopura bagi tujuan  menggalak dan memupuk tabiat bersenam dan tempat riadah yang lebih selesa untuk penduduk  setempat.

Kesimpulannya, beliau turut harap selepas penyiapan Taman Elopura Ujana di bekas tapak terminal bas ekspress, Batu 2 ½ yang dibiayai oleh Kerajaan boleh meningkatkan kesedaran senaman dan kesihatan di Sandakan dalam usahanya untuk mewujudkan masyarakat yang cergas dan sihat. 


No comments:

Post a Comment