MPS OPERASI BANTERAS PENJAJA HARAM (PATI)


OLEH: PAPARAZI

SANDAKAN:- Tindakan Pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengadakan operasi disekitar bandar ini kelmarin bagi membanteras para penjaja haram yang melibat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) diharap  penduduk tempatan tidak akan mempertikaikan tindakan pihak MPS berbuat demikian.

“Kalau pihak MPS kerap mengadakan operasi sebegini rupa sudah pasti  ia dapat membanteras  gejala ini menular lebih banyak lagi dan setiap tangkapan mereka mesti dikenakan kompaun seperti mana pihak MPS telah mengenakan kompaun kepada para penjaja  tempatan yang belanggar peraturan” kata Jurucakap itu.

Terdapat sesetengah masyarakat tempatan marah betul  kalau pihak MPS membuat operasi bagi menangkap para penjaja haram yang melibatkan PATI macam-macam mereka cakap menuding jari kepada pihak berkuasa tempatan konon pihak yang berkenaan sangat kejam orang berniagapun  dan meminta sedekah pun tidak dibenarkan  ini tidak adil  mereka  bukannya mencuri mereka menjual barang-barang untuk menyarah hidup anak isteri mereka.
 

Kata sumber itu lagi mereka yang menjaja secara  haram itu dan meminta sedekah  mereka suka dan  dibiarkan begitu saja tanpa diambil sebarang tindakan sebab mereka itu PATI yang banyak menyumbang kepada kerajaan  BN yang ada sekarang khususnya di musim-musim pilihanraya umum  mereka yang mempunyai Mykad 100 peratus mengundi calon-calon BN kita kena jaga hati PATI  





No comments:

Post a Comment