MP BATU SAPI LINDA TSEN RASMI HARI AIDS SEDUNIA 2014


OLEH: AZMI AZMAN


LINDA ( 2 KIRI) MENYEMPURNAKAH
HARI AIDS SEDUNIA

 

SANDAKAN: Hari AIDS Sedunia adalah satu peluang untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit HIV dan mengingatkan masyarakat agar mengamakanl  ilmu yang diperolehi .

“Sekiranya kita memahami bagaimana HIV boleh  berjangkit, maka kita pasti tahu bagaimana  untuk mengelak daripada dijangkiti, dan bagi mereka yang positif, anda mesti tahu dan mengambil langkah untuk melindungi diri anda daripada menjangkiti orang lain,” kata Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Tahun Lin semasa merasmikan program sempena Hari AIDS Sedunia di Pasar Mingguan Sandakan Street Fair kelmarin.

Semenjak kes pertama di Malaysia pada tahun 1986 sehingga Disember 2013
terdapat seramai hampir  102000 ( 101672) orang yang dikesan menghidap penyakit HIV. Yang merungsingkan adalah 34% daripada mereka yang dikesan adalah terdiri daripada kalangan golongan orang muda umur sekitar 13-29 tahun, kata Linda.

Statistiks menunjukkan ada 60 % pengurangan kes baru  di kalangan lelaki tetapi kes semakin bertambah di kalangan wanita . Pada 5 tahun kebelakangan ini 10% daripada kes yang dikesan terdiri daripada golongan surirumah , tambah beliau.

“Tahun lepas sahaja di Malaysia seramai 728 kes wanita dikesan daripada  seramai 3393 jumlah kes baru HIV. Negeri yang paling ramai surirumah yang dikesan positif adalah dari negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan,” katanya.

Punca utama wanita dijangkiti yang dikenalpasti  adalah melalui jangkitan heteroseksual  dan menyedihkan adalah seramai 2% bayi yang dilahirkan dijangkiti oleh ibu yang positif. Melalui saringan HIV yang dibuat ke atas semua ibu yang hamil yang berklinik untuk penjagaan antenatal menunjukkan bahawa punca jangkitan di kalangan wanita yang telah berkahwin  adalah melalui pasangan mereka yang berisiko, kata Linda.

Menurut Linda, sudah tiba masanya di mana kita perlu berganding bahu untuk memperkasakan wanita dan golongan pemudi mengenai pengetahuan yang betul mengenai HIV, cara mencegah , membuat saringan, mencegah daripada mendapat jangkitan , mendapat rawatan dan bagaimana mendapatkan rawatan.

Sempena Hari AIDS Sedunia ini SAGA telan mengedar riben merah di Bandar. Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan akan mengadakan ceramah HIV pada 12 Disember di bilik  seminar Lembaga Hasil Dalam Negeri di Batu 7 untuk semua kakitangan awam, agensi-agensi dan para pekerja estet.





No comments:

Post a Comment