HARI AIDS SEDUNIA 1024 DISAMBUT SEDARHANA TAPI MERIAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: DAVID ONG


SANDAKAN: Saban tahun  1hb Disember adalah Hari AIDS sedunia yang disambut merata dunia, ia bertujuan untuk menyedarkan kita bahawa HIV masih menjadikan salah satu wabak ancaman yang paling serius di kalangan masyarakat kita di negara ini.
 


Hari AIDS sedunia juga memberi peluang untuk kita memperingati mereka yang telah dijangkiti HIV dan keluarga mereka, membanteraspenyakit HIV, menunjukkan semangat dan sokongan kita kepada pembawa wabak HIV. Pada waktu yang sama kita juga memperingati yang yang terkorban kerana dijangkiti wabak AIDS

Datin Rosemary Au berkata demikian ketika berucap dimajlis World AIDS Day Charity Dinner 2014 baru-baru ini.

Katanya Menteri Kesihatan Malaysia telah memaklumkan bahawa bilangan kes HIV di negara ini telah menunjukkan penurun an mendadak semenjak 12 tahun yang lalu.

Menurut Menteri berkenaan tambah Rosemay lagi strategic Plan Malaysia telah menetapkan matlamat  mencapai sifar HIV (Getting to Zero)  iaitu sifar infeksi baru, sifar kematian disebabkan AIDS dan sifar baru bayi yang dilahirkan. Dengan usaha gigih itu kita nampak impaknya.

Katanya  mengikut statistic telah menunjukan penurunan kes HIV baru di kalangan penagih dadah dan jangkitan ibu kepada anak, tetapi kes jangkitan melalui seksual masih lagi membimbangkan.

“Kalau   dilihat sepintas lalu semenjak kes pertama HIV pada tahun1986 sehingga September tahun ini telah mencecah seramai seratus  empat ribu dan seratus Sembilan puluh tujuh   kes HIV (104,197) di Malaysia kita juga catat rekod dua puluh satu ribu seratus sebelas kes (21.111) AIDS” ujarnya.


Katanya pada tahun lepas sahaja terdapat seramai  3,393 kes baru di mana 728 adalah terdiri daripada kaum wanita, yang meruncingkan kebanyakan kes ini berlaku menimpa di kalangan surirumah tangga,


No comments:

Post a Comment