HARGA MINYAK TURUN HASRAT PARA PENIAGA HENDAK NAIKAN HARGA BARANG 80 PERATUS TIDAK KESAMPAIAN

SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
ssjumadi@gmail.com
 


PENURUNAN harga runcit minyak petrol RON95 turun  kepada RM1.91 seliter  malam tadi manakala harga diesel turun kepada RM1.93 seliter dan RON97 turun kepada RM2.11 seliter benar-benar menjurus  meringankan beban para pengguna di seluruh negara.

Lantaran itu  para pengguna yang menggunakan  RON95,RON97 dan diesel  mereka masing –masing melahirkan rasa lega atas penurun bahan api  tersebut dengan harga yang terendah itu.

Dengan penurun mendadak harga runcit minyak ketiga-tiga jenis bahan api itu maka jelas hasrat pihak Persatuan  Pengusaha BAS di negeri ini untuk menaikan harga tambang pengangkutan awam 90 peratus yang akan berkuatkuasa pada 1hb Januari 2015 tidak kesempaian.


Begitu juga para peniaga yang lainnya yang berhasrat untuk menaikan harga barang-barang runcit sebanyak 80 peratus juga tidak kesampaian niat mereka untuk berbuat demikian ini ekoran penurunan harga bahan api  turun menjunam.
Dalam pada itu ekoran penurunan bahan api itu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar) berharap pemilik syarikat, pengilang, pengedar dan peruncit menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga petrol.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengumumkan harga baharu minyak RON95 dan RON97 yang dijangka pada kadar lebih rendah.
"Dari segi harga barang, apabila minyak naik 20 sen, harga barang naik. Ini dah sebulan minyak turun, tidak nampak pergerakan harga barang menurun.
"Saya mengharapkan peniaga bertanggungjawab melaksanakan amanah untuk turunkan harga barangan keperluan rakyat kerana di tangan rakyat ada kuasa untuk menentukan kelangsungan perniagaan mereka (peniaga)," katanya kepada pemberita selepas meninjau beberapa kawasan banjir di Kuala Kangsar hari ini.

Beliau berkata pengguna mempunyai kuasa untuk memilih barangan dan memboikot sesuatu barangan itu.
"Pengguna ada kuasa, sekiranya mereka gunakan kuasa itu akhirnya yang rugi peniaga. Apabila perkara ini berlaku ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak, lebih baik kita menggunakan prinsip menang-menang, pengguna dapat barang murah, peniaga pun ada untung," katanya.
“Mengenai peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan pada musim banjir, beliau berkata ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab minta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan  hendaklah membuat pemantau dan sesiapa sahaja para peniaga yang menaikan harga barang-barang tersebut mereka harus dikenakan tindakan undang-undang” Katanya.



KES TANAH SUNGEI KOYA FASA 1-2-DAN 3 DIBONGKAR SEMULA

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: APEK ANSUKOI


SANDAKAN:- Kes tanah di Sungei Koya Fasa 1-2 dan 3 yang membabitkan tanah seluas 6000,00 ekar yang melibatkan  210 pemilik yang berdaftar di Mahkamah kini dibongkar semula.


Daripada 210 orang pemilik tanah dibawah Skim Pekebun Kecil 10 orang lain pemiliknya telah keluar kerana mendapat tawaran bayaran pampasan diurus  diluar mahkamah  setiap orang hanya menerima  RM5,000 sahaja.

 Aisah Ahmad & Co yang dilantik sebagai penasihat undang-undang bagi menyelesaikan kes tanah tersebut memberitahu  kepada  media semasa sidang media petang tadi di ballroom Hotel Borneo Cops  katanya para pemilik tanah tersebut sudahpun melatik seorang peguam untuk membantu menyelesaikan kes tanah itu iaitu Tetuan Hairul Vaiyron and Osman Co.

Aisah merasa kesal dengan tindakan 10 orang pemilik itu yang telah berpaling tadah mahu menerima tawaran diluar mahkamah oleh  sebuah syarikat dengan banyaran hanya RM5.000,00 setiap pemilik tanah tersebut.

“Kita mmembuat tuntutan biar yang berpatutan  biarlah pihak hakim mahkamah yang memutuskan saya sudah meminta pihak mahkamah  mempercepatkan tarikh mediasi.” ujarnya
 
“Saya harap pemilik yang lain seramai 186 orang itu agar tidak akan ikut jejak 10 orang yang berpaling tadah yang hanya mahu diperbodoh-bodohkan oleh pihak-pihak tertentu hanya bayaran RM5,000.00 sahaja sudah menggalabak nampak duit sebanyak  itu” katanya

Katanya sebagai pemilik tanah Sungei Koya Fasa 1.2 dan3 itu harus pertahankan hak milik sendiri bIarlah lambat sedikit untuk mendapat ganjaran asalkan ianya berpatutan  setimpal dan berbaloi dengan kedudukan tanah tersebut.
 
Semantara komen dari salah seorang pemilik tanah iaitu  Mohsien (gambar) berkata 10 orang pemilik tanah yang keluar daripada kumpulan Aisah disifatkan sebagai orang-orang yang tidak ada maruah senang-senang dipujuk rayu oleh orang-orang yang mahu memperbodoh-bodohkan mereka dengan mudah menerima tawaran diuruskan diluar mahkamah hanya menerima pampasan cuma RM5,000.00.


“Sampai kemana RM5,000.00 tapi mereka bakal kehialngan terus tanah berpuluh-puluh ekar itu sebab sudah dibayar oleh pihak-pihak tertentu yang mahu mencari keuntungan” kata Mohsin.

BERIKUT KENYATAAN PENUH TETUAN AISAH AHMAD & CO

Tarikh       : 30/12/2014
Tempat    : VIP Room, Borneo Cove Hotel
Sidang Akhbar tertutup bersama Wakil sah atau Penasihat Undang-Undang, Puan Aisah Ahmad dan ahli-ahli (Plaintif-Plaintif ) Tanah Koyah A Fasa I, II, & III, Kinabatangan, dibawah Skim Pekebun Kecil.
Wartawan   Kanan The Sabah Insider. net    : En Shaimon S Jumadi

Jurugambar  : En Apek Ansukoi


Perjuangan ahli-ahli (Plaintif-Plaintif) Tanah Koyah A Fasa I, II, & III, Kinabatangan, dibawah Skim Pekebun Kecil masih belum berakhir. Mereka telah berjaya membawa tuntutan mereka ke Mahkamah Tinggi Sandakan, dengan saman bertarikh 10.10.2013 yang telah menamakan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Sabah sebagai Defendan Pertama  dan Bagusmaju Berhad (No. Syarikat 143255-M) sebagai Defendan Kedua.

Peguam yang mewakili para Plaintif iaitu Tetuan Hairul Vaiyron & Co telah memaklumkan status kes ialah menunggu tarikh mediasi daripada Mahkamah Tinggi, Sandakan atas permohonan Defendan Kedua.

Di saat para Plaintif menantikan tarikh mediasi, pada 30.12.2014, Wakil sah atau Penasihat Undang-Undang para Plaintif, Puan Aisah Ahmad, dimaklumkan bahawa seramai 50 org ahli Tanah Koyah A Fasa I, II, & III, Kinabatangan telah menerima tawaran daripada pihak Bagusmaju Berhad iaitu wang berjumlah RM5,000.00 tertakluk dengan beberapa syarat. Beberapa Plaintif juga dihubungi dan dipujuk rayu untuk menerima tawaran tersebut.

Malah beberapa laporan polis telah dibuat sebelum ini kerana beberapa individu yang pada asalnya bersama-sama Plaintif telah berpaling tadah dan cuba mempengaruhi para Plaintif meninggalkan tuntutan di Mahkamah.

Penasihat Undang-Undang bercakap disesi sidang akhbar pada hari ini memberi respon bahawa akhirnya perjuangan membawa tuntutan ini ke muka pengadilan menjadi asbab rezeki kepada individu-individu yang dianggapnya sebagai "parasit" iaitu mengaut keuntungan dari usaha dan pengorbanan para Plaintif yang bersungguh-sungguh menuntut hak dan mempunyai maruah serta pendirian yang teguh.

Beliau yang mendapat kepercayaan lebih kurang 204 orang Plaintif telah menyatakan pendirian yang tidak berbelah bahagi untuk meneruskan perjuangan menuntut hak para Plaintif melalui Mahkamah sehingga selesai.

Ketua Plaintif, Encik Mohsen Jurop, Haji Suar dan beberapa Plaintif yang hadir menegaskan mereka tidak akan berganjak dan berharap pihak Mahkamah memberi tarikh mediasi dengan segera agar ruang mediasi dapat menyelesaikan perkara ini dengan adil dan saksama.

Salah seorang Plaintif, En Abdul Lahit juga mempersoalkan mengapa Abdullah Japar dan isterinya, Rogayah Ahmad masih tidak didakwa  malah tiada status siasatan diberikan. Abdullah Japar mendakwa bahawa dia merupakan ketua pemohon walhal tidak tersenarai sebagai pemilik tanah dan menjadi pemilik dengan melakukan penipuan tuntut waris ke atas pemilik yang masih hidup. Manakala isterinya juga melakukan jenayah yang sama. Bukti-bukti telah diberikan kepada pihak Polis tetapi tiada sebarang pendakwaan dilakukan sehingga kini.

Para Plaintif juga menyatakan kemarahan dan amat kesal dengan tindakan ahli-ahli yang berpaling tadah seperti Jamal Sinyor dan Katiff Kussoi yang disifatkan tidak berpendirian kerana keluar dari tindakan dan tidak berhenti menghubungi para Plaintif bagi tujuan meninggalkan perjuangan yang benar. Tidak terkecuali juga dalang yang mengakibatkan kerugian kepada para Plaintif iaitu Ismail Tarandan dan Abdullah Japar masih terlibat dengan urusan tawaran di atas.

Beberapa Plaintif menambah dengan menyatakan bahawa tanah yang dituntut ini telah dicerobohi oleh pihak lain dan pernah disiarkan di satu akhbar tempatan bahawa "penceroboh" mahu penyelesaian dengan situasi menang, menang malah dalam satu majlis bersama Datuk Osman Jamal, Datuk Bung Mokhtar dan Datuk Saddi yang di adakan di Dewan Sri Lamag, Bukit Garam pada 18 Febuari 2013 berkenaan isu Tanah Koyah A Fasa I, II, & III, Kinabatangan, dibawah Skim Pekebun Kecil salah seorang individu yang menduduki tanah tersebut telah menyatakan kebimbangan ke atas nasib mereka yang lain kerana lebih 700 lot dikawasan itu telah mereka diami sekian lama.

Jika penceroboh boleh meminta penyelesaian dan meluahkan kebimbangan, apakah wajar hak para Plaintif sebagai pemilik Tanah Koyah A Fasa I, II, & III, Kinabatangan, yang sah ini dinafikan?

Para Plaintif dengan bersemangat menyatakan bahawa mereka bukan sahaja meperjuangkan hak mereka tetapi untuk generasi mereka kelak agar perkara yang sama tidak berulang lagi. Mereka juga menegaskan tidak akan tunduk dengan tawaran diluar yang disifatkan amat tidak bermaruah.

Di akhir sesi, para Plaintif mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penasihat Undang-Undang dan Peguam mereka yang berdedikasi serta amanah dalam menjalankan tugas mereka sehingga ke tahap ini.  Harapan para Plaintif agar pihak berkuasa iaitu pihak Polis mengambil tindakan kepada laporan-laporan yang telah dibuat dan berharap tarikh mediasi diperolehi dengan segera.



APAKAH TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN KAUNSELOR MPS SEBENARNYA?

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) rajin kutip cukai pintu disetiap primes  perniagaan tapi sebaliknya kurang bertanggungjawab dalam mengatasi pelbagai masalah dipersekitaran sama ada soal kebersihan mahupun lokang-lokang tersumbat termasuk penutup permukaan parit.

Lubang besar dihadapan letak kereta dibarisan Pejabat Ahli Parlimen Sandakan Bandar Litat dekat sini sudah setahun lebih belum lagi diperbaiki walaupun sudah beberapa kali dimaklumkan kepada pihak MPS namum sehingga kehari ini lubang besar belum mempunyai penutup mungkin menunggu orang pejalan kaki dilorong bangunan itu terjeblos (terpuruk) barulah pihak MPS kelam kabut ambil tindakan drastik
KOTOR....Dibelakang bangunan Flat MPS Karamunting sudah 2 tahun tidak pernah diselenggara sehingga menimbulkan masalah kepada penduduk setempat


“Sepatutnya pihak MPS harus peka dengan apa jua masalah bukan membiarkan begitu saja bukan kah MPS melantik beberapa orang  kaunselor .kenapa kaunselor itu mereka tak turun pandangkan untuk meninjau-ninjau disatu-satu kawasan yang telah dilaporkan oleh para pengadu tempat-tempat yang bermasalah coba tolong beri penjelasan yang terperinci apa tugas-tugas dan tanggungjawab  sebenarnya orang-orang yang dilantik sebagai kaunselor MPS” kata jurucakap.
 
LORONG BANGUNAN 14 barisan Belakang Genting Mas kotor sehingga kini belum lagi dibersihkan air bertakong bau busuk diatas jalan



Pihak MPS rajin memungut cukai pintu kepada semua primes bangunan dibawah lingkungan kawasan MPS tetapi dari segi perkhidmatan kepada masyarakat amat mengecewakan betul-betul mengewakan lihat saja di kawasan lorong-lorong belakang bangunan di bandar  amat menjijikan itupun tidak mahu diselenggarakan tunggu orang  komplen di media massa baru MPS bertindak.

KEMPEN DERMA DARAH DAN KEMPEN MENCARI AHLI BARU KELAB PENYOKONG BN SANDAKAN DAPAT SAMBUTAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Program Derma Darah anjuran bersama pihak Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Kelab Penyokong BN Sandakan-Sabah yang diadakan di Pasar Minggu bandar ini  mendapat sambutan yang amat menggalakn daripada penduduk setempat.

Program yang dimulakan pada jam 7.00 pagi hingga jam 300 petang  telah berjaya  mendapat 70   beg plastik  hasil daripada para penderma tersebut yang membabitkan 70 orang.

Pengerusi Kelab tersebut Hajah Rauyah Baharul Asyik berkata tujuan mengadakan program tersebut adalah untuk membantu pihak hospital   mendapatkan darah daripada orang ramai untuk disimpan di Tabung Darah.

Selain program derma darah mendapat sambutan  manakala  program mencari keahlian baru bagi Kelab Penyokong BN Sandakan-Sabah juga mendapat sambutan yang membanggakan.


“Kelab ini berjaya menarik perhatian seramai  50 orang telah mendaftar untuk menjadi ahli biasa kelab ini dan kini jumlah keseluruhan ahli  kelab ini telah mencecah 4,500 orang” jelas Hjh Rauyah.


“Apapun kami menguncapkan terima kasih kepada para penderma darah dan juga terima kasih kepada penduduk setempat kerana sudi mendaftar untuk jadi ahli kelab Penyokong BN Sandakan” kata Hjh Rauyah

DUA TEMPAT MANGSA TRAGEDI KEBAKARAN KG GAS DAN KG PISANG DAPAT BANTUAN.......DAP

OLEH:  SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:- Tragedi kebakaran  berlaku di Kampung Gas  yang membabitkan tujuh belas buah rumah dan melibatkan 182  keluarga yang tinggal sehelai sepinggan  mereka dapat bantuan daripada Ahli Parlimen  Sandakan (DAP)  Stephen Wong baru-baru ini.

Mantan Calon DUN Tanjung Papat Frankie Poon  Mantan calon  DUN Karamunting Calvin Chong dan Pegawai Khas MP Sandakan Amsi Liew bagi pihak Stephen Wong telah menyerahkan bantuan tersebut  kepada mangsa-mangsa kebakaran itu.
Tujuan memberikan bantuan tersebut adalah untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa -mangsa kebakaran.

Dalam tragedi kebakaran yang berasingan yang berlaku  di Kampung Pisang dalam kawasan Batu Sapi  para  mangsa juga  tidak diabaikan mereka mendapat bantuan daripada DAP Sandakan.
                                                              
Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Sandakan Amsi Liew dengan ditemani oleh mantan calon DUNHTg Papat Frankie Poon.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Sandakan  berkata mereka yang telah ditimpa musibbah itu harus bersabar   ini   apa yang berlaku semuanya  ada hekmah disebaliknya.





PENGUATKUASA MPS SALAHGUNA KUASA SAMAN SEMBARANGAN SAJA...DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Tindakan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengeluarkan saman terhadap Bas Sekolah parking  di kawasan pasar Kim Fung telah menimbulkan kontraversi di kalangan para pemilik bas tersebut.

Mengenai kes tersebut Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong (gambar) yang telah menerima aduan daripada pemilik Bas Sekolah telah mengemukan aduan itu kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Jeffery Aman untuk meminta penjelasan dengan terperinci mengenai kedudukan bas sekolah yang tidak dibenarkan parking di kawasan pasar tersebut.
.
Jeffery Aman  yang menerima aduan tersebut daripada Stephen Wong pada Jumaat yang lalu, dan berkata akan mengambil tindakan untuk menyiasat perkara tersebut. Wong kini sedang menunggu penjelasan beliau.


Wong berasa amat hairan dengan tindakan penguatkuasa MPS yang mengeluarkan saman kepada pemandu bas sekolah, atas sebab bas sekolah tidak dibenarkan letak kereta di kawasan pasar. Beliau juga berkata tidak tahu tentang kewujudan peraturan tersebut.
Kata Wong, bas sekolah tidak dibenarkan meletak kereta di parking lot kawasan pasar, di manakah mereka harus letak kereta?

Wong meragui adakah pegawai penguatkuasa MPS telah salah guna kuasa, sedangkan kawasan tersebut tiada sebarang notis pemberitahuan melarang bas sekolah letak kereta.

Wong berkata, banyak “teksi sapu” letak kereta di kawasan bandar untuk menunggu penumpang, pihak penguatkuasa MPS tidak pernah mengambil tindakan untuk menghalau mereka atau mengeluarkan saman , tetapi hanya fokus mengeluarkan saman di kawasan Pasar Kim Fung dan di sekitar batu 4, mendenda bas sekolah yang letak kereta di tempat letak kereta, tindakan ini tidak dapat diterima.

Beliau menggesa pihak MPS, sebaik sahaja mengesahkan tiada undang-undang yang melarang bas sekolah letak kereta di kawasan pasar, MPS bukan sahaja patut membatalkan saman tersebut, malah harus ambil tindakan terhadap pegawai penguatkuasa yang salah guna kuasa, untuk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi, dan mengembalikan keadilan kepada pemandu bas sekolah tersebut.



WANG 1MDB BUKAN KUTIPAN DARIPADA PEMBAYAR CUKAI






KUALA LUMPUR: Kini orang ramai mula mempertikaikan kedudukkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) milik Kementerian Kewangan mempertahankan kewangannya dengan menjelaskan hanya sejumlah kecil RM1 juta daripada portfolio berbilion ringgitnya datang daripada kerajaan.

Firma yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu dikritik ekoran tahap hutangnya, yang sebahagiannya dijamin kerajaan.


Pengarah 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin  berkata hanya dana diterima daripada Kementerian Kewangan pada masa penubuhannya dalam bentuk ekuiti bernilai RM1 juta.

Selebihnya, jelasnya, daripada amalan kutipan dana antarabangsa.

“Oleh kerana 1MDB tidak menerima sebarang dana daripada kerajaan, justeru itu tidak benar dakwaan bahawa syarikat melabur, atau lebih teruk, membazir, wang rakyat negara ini,” katanya dalam kenyataan” Ujarnya. POSTED BY SABAHKINI.NET

KELAB PENYOKONG KERAJAAN BN SANDAKAN GIAT MENCARI AHLI BARU


OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Kelab Penyokong Kerajaan BN-Sabah Sandakan kini  sedang  mengadakan program penambahan ahli baru untuk kelab tersebut  bagi masyarakat Sandakan.

Pengerusi Kelab tersebut Hajah Rauyah Durasik berkata setakat ini kelab itu kini mempunyai keahlian seramai 3,300  baru berusia tiga bulan sahaja ditubuhkan.
 
Katanya kelab itu kini sedang rancak menyusun beberapa aktiviti-aktiviti untuk sepanjang tahun 2015.

“Untuk makluman anda kelab ini bermula pada minggu keempat  hari  ahad ini  28hb Disember ini dan saban hari ahad seterusnya kelab ini dengan kerjasama pihak Hospital Duchess of Kent Sandakan akan mengadakan program pemeriksaan darah bertempat di Pasar Minggu bandar bermula pada jam 7.00 pagi hingga jam 1.00 petang dan orang ramai khususnya penduduk setempat yang ingin mendapat rawatan peperiksaan darah bolehlah datang pada setiap ahad” jelasnya.




MP SANDAKAN WONG BANTU AHMAD LAJIM TINGGAL DI RUMAH WARGA TUA SRI HARAPAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Seorang  berbangsa Melayu gembel yang  dikenali Ahmad bin Lajim 62   yang mengidapi penyakit kulit dan tinggal ditepi jalan di bandar ini dekat bangunan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sebelum ini  kini telah dimasukan ke Rumah Warga Tua Sri Harapan Jalan Sibuga ini  atas daya usaha  pihak Pejabat Parlimen Sandakan.

Setelah beberapa hari Ahmad tinggal dirumah orang-orang tua itu atas keprihatinan dan simpati  Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt bersama dengan pembantu khasnya Amsi Liew telah berkunjung  ke rumah warga tua untuk  melawat  dan melihat keadaan Ahmad bin Lajim kelmarin.

Wong berasa gembira kerana Ahmad telah ditempatkan di rumah warga tua, dan sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam rumah warga tua. Wong juga berjanji akan terus menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.

Wong juga mengambil kesempatan ini untuk berkomunikasi dengan pihak rumah warga tua serta penghuni-penghuni yang pelbagai kaum di rumah warga tua, dan beliau mendapati beberapa orang di antara mereka masih memegang IC lama, belum tukar ke MyKad.  

Disebabkan Ahmad bin Lajim dan beberapa orang penghuni di rumah warga tua masih belum menukar IC ke MyKad, Wong berharap Jabatan Pendaftaran Sandakan mengambil berat terhadap perkara ini, mengarahkan kakitangan membawa peralatan ke rumah warga tua untuk mengurus penukaran MyKad mereka.


Wong berkata, Pejabat Parlimen  Sandakan DAP akan menghantar surat ke Jabatan Pendaftaran, meminta jabatan tersebut mengaturkan perkhidmatan mudah-alih untuk membantu penghuni rumah warga tua  bagi menukar MyKad.

TRAK BATALION KE 17 RAMD TERBALIK MENGORBANKAN SEORANG AGGOTA TENTERA


OLEH: SHAIMON S JUMADI


LAHAD DATU :  Satu kemalangan   berlaku yang membabitkan sebuah trak anggota Batalion ke 17 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang terbalik  di KM 4  Jalan  Tengah  Nipah dekat sini telah mengorbankan seorang anggota tentera jam10.30 pagi kelmarin


Timbalan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Brigedier Jeneral Subari Tomo mengesahkan bahawa seramai 23 anggota yang terlibat dalam kemalangan berkenaan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. 

Koperal Mohd Farouk bin Baha disahkan meninggal dunia di hospital pada jam 11.15 pagi manakala Prebet Nik Mohamad Haikal Shakir bin Nik Subardi dan Prebet Mohamad Hadri Hafiz bin Othman masih dalam keadaan kritikal.

Jenazah Mohd Farouk akan diterbangkan ke Tawau esok pagi sebelum dihantar ke Kuala Lumpur pada tengahari.


Sementara itu, punca kemalangan belum dapat dikenalpasti dan masih dalam siasatan.



AMALAN GORONG ROYONG BOLEH ERATKAN PERPADUAN SESAMA SENDIRI.....KATA PANG

OLEH: SHIAMON S JUMADI



KARAMUNTING:- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Charles O Pang, berkata meneruskan amalan seperti bergotong-royong tidak hanya mengeratkan silaturrahim sesama mereka malahan menjadikan tempat tinggal sentiasa bersih.

Dengan itu penduduk setempat hendaklah mempergiat aktiviti gotong-royong memandangkan kegiatan ini akan dapat mewujudkan masyarakat yang bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

Menurut beliau, pemimpin setempat terutamanya wakil rakyat yang turut serta tentu akan merasa gembira dengan tahap kerjasama penduduk kerana semangat kejiranan yang dipupuk menjadi pemangkin untuk mereka bersatu padu sekali pun berbeza latar belakang.

Beliau berkata, secara tidak langsung juga negara akan mempunyai masyarakat yang kukuh disebab budaya baik seringkali menjadi amalan berterusan apatah lagi kita sedang menuju negara maju menjelang Wawasan 2020.

Katanya, agenda murni pihak kerajaan yang sentiasa menyarankan rakyat tidak melupakan kegiatan kemasyarakatan seperti bergotong-royong wajar diberikan perhatian memandangkan banyak manfaatnya apabila masyarakat giat menjalankan aktiviti tersebut.

"Salah satunya, bukan saja menjadikan kawasan tempat tinggal kita samada di perkampungan atau pun taman-taman perumahan tampak bersih sekali gus terhindar dari sebarang wabak penyakit tetapi juga kesannya kepada perpaduan.

"Ini kerana, penduduk yang rajin bergotong-royong sudah pasti membolehkan mereka dapat berkumpul sambil bekerjasama membersihkan persekitaran tempat tinggal yang sekali gus mewujudkan suasana harmoni.

"Bagi kami selaku wakil rakyat tentu gembira melihat tahap kerjasama yang baik daripada penduduk setempat. Inilah sebenarnya pendekatan kerajaan kerana kemajuan sesebuah negara banyak dibawa apabila rakyatnya saling bersatu dalam melaksanakana sesuatu aktiviti.

"Saya menyambut baik dengan usaha-usaha murni penduduk di sekitar kawasan Karamunting yang sentiasa menitikberatkan kegiatan kemasyarakatan dengan menganjurkan aktiviti gotong-royong pada hujung minggu.

"Ia memperlihatkan kerjasama di kalangan mereka yang begitu utuh dan selaku wakil rakyat tentu teruja apabila nilai-nilai murni sentiasa menjadi amalan yang secara tidak langsung memudahkan kami untuk menyalur pelbagai pembangunan untuk rakyat," jelasnya sambil meminta kegiatan bergotong-royong diperhebatkan dari semasa ke semasa.

Charles menyatakan demikian ketika ditemui pada satu program gotong-royong membersihkan persekitaran Kampung Pei Ying di Jalan Cecily dekat sini, pagi kelmarin.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Alex Loh dan kakitangan daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.44 Karamunting termasuklah penduduk di sekitar kampung tersebut.


JKR,MPS DAN JPS DIGESA ATASI LONGKANG TERSUMBAT DI KAWASAN RENDAH MUDAH DILANDAH BANJIR......WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Nampak  jelas sekali Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  Jabatan Perairan dan Saliran juga Jabatan Kerja Raya (JKR)  tidak begitu memberi perhatian langsung dibeberapa kawasan rendah yang mudah dilanda banjir termasuk di kawasan Light Industry SECDO Fasa 2 Batu 3 Jalan Northen Ring.

Kebanyakkan  saluran longkang mahupun parit  tidak diselenggarakan  ini mengakibatkan bila hujan longkang-longkang berkenaan mudah dipenuhi oleh air bertakong lantas kawasan rendah mudah dilandar banjiur kilat.

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  selepas menerima beberapa  aduan daripada penduduk berkenaan bergegas meninjau di kawasan SEDCO yang  telah dilanda banjir itu.

Menurut pengadu  setiap kali hujan air begitu cepat mengalir hingga masuk kedalam bengkel atau kilang-kilang berhampiran ini adalah berpunca daripada saluran parit tersumbat  maka air tersekat tidak mengalir keluar


“Setiap kali selepas menerima aduan, MPS mengarahkan pekerja untuk menggorek parit di kawasan berkenaan, tetapi tiada menelitian  dan mengkaji punca yang sebenarnya. Ini mengakibatkan masalah yang berlaku bertahun-tahun itu tidak dapat diatasi, dan menyusahkan para pengusaha” Kata Wong   

Beliau berharap pihak MSP, Jabatan Pengairan dan Saliran, serta JKR dapat mengambil tindakan dengan serta-merta, menangani masalah perparitan di kawasan tersebut dengan berkesan, jangan bertangguh sehingga hujan turun dan banjir lagi, menyebabkan para pengusaha mengalami kerugian dan kesusahan.

Wong juga mengambil berat terhadap masalah kerosakan jalan di kawasan tersebut, dan menyifatkan status jalan di kawasan SEDCO tersebut seumpama tiada kerajaan yang mengurus dan menjaga.

Katanya, MPS sebagai kerajaan tempatan, harus mengingati tanggungjawabnya dan mengambil tindakan dengan segera untuk mengatasi masalah perparitan dan kerosakan jalan akibat takungan air.

Beliau menekankan bahawa, para pengusaha di kawasan tersebut semuanya ada membayar cukai pintu dan cukai lesen, MPS berkewajiban untuk menyelenggara dan membekalkan kemudahan asas kepada mereka.





KERAJAAN DIMINTA BERI BUTIRAN PENURUNAN PETROL RON95 RON97 DAN DIESEL DINAIKAN HARGA 3 SEN....MP SANDAKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Mengenai isu penurunan harga petrol RON95 dan RON97  masing-masing dengan kadar sebanyak  4 sen dan 9 sen  dan manakala harga diesel  dinaikan 3 sen setiap liter mengelirukan pengguna keseluruhannya 


Ahli Parlimen  Sandakan Stephen Wong  (DAP) meminta kerajaan BN mengumumkan butiran lanjut tentang sistem pengapungan terkawal, supaya rakyat memahami  bagaimana harga minyak petrol yang berkuatkuasa pada 1 Disember ditentukan. Pada masa yang sama, beliau juga menyangsi sama ada kerajaan menipu rakyat.

Wong yang baru sahaja balik ke Sandakan setelah sesi persidangan parlimen tamat, telah menerima banyak aduan daripada rakyat, dimana mereka tidak puas hati dengan kerajaan yang mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter, dan penurunan 4 sen baru-baru ini.

Wong berpendapat bahawa, kerajaan patut mengumumkan dengan terperinci sistem pengapungan terkawal yang dilaksanakan, supaya rakyat dapat memahami sistem tersebut.

Katanya, selepas harga petrol RON95 dikurangkan 4 sen, setiap liter dijual dengan harga RM2.26, manakala harga petrol RON97 menjadi RM2.46 setiap liter selepas diturunkan 9 sen, ini menjadikan harga petrol RON95 dan RON97 hanya 20 sen berbeza, ini menimbul keraguan dan kekeliruan masyarakat.
Beliau berkata, menurut pengumuman kerajaan, minyak petrol RON97 mengenakan cukai jualan 58sen, manakalan RON95 tiada cukai jualan. Kini kedua-dua jenis minyak ini, harga ditentukan mengikut sistem pengapungan terkawal, tidak mungkin kedua-duanya hanya 20 sen berbeza, perbezaan harga sepatutnya sekurang-kurangnya 58sen, lebih-lebih lagi kini kedua-dua minyak ini tiada subsidi kerajaan.

Katanya, harga petrol RON95 sepatutnya lebih rendah daripada RM2.26 yang diumumkan oleh kerajaan, dan sepatutnya lebih rendah daripada RM1.90 seliter, harga sebelum kenaikan harga 2 kali dilakukan.

Wong berkata, kerajaan melaksanakan sistem pengapungan terkawal untuk menetapkan harga petrol, seolah-olahnya terdapat agenda tersembunyi di sebaliknya, oleh itu rakyat berasa tertipu.

Pada masa yang sama, beliau juga menyifatkan kenaikan harga diesel 3 sen pada masa kini adalah tidak munasabah, kerana pada ketika ini harga minyak antarabanga telahpun turun beberapa puluh peratusan. Penjelasan menteri berkenaan juga tiada maknanya.


LAPORAN RCI RAKYAT SABAH TIDAK PUAS HATI TIDAK MENERIMA HASILNYA......DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN:- Ahli Parlimen  Sandakan Stephen Wong (DAP) menjelaskan bahawa  orang Sabah tidak akan menerima hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja  (RCI), dengan itu beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengadakan persidangan Dewan Rakyat dengan segera, untuk membahaskan hasil laporan RCI. Itu.


Wong  mengkritik kerajaan BN menunggu sehingga sesi persidangan parlimen pada kali ini berakhir, baru mengumumkan hasil laporan RCI, mengakibatkan ahli parlimen tidak berpeluang untuk membahas dan membentangkan pandangan.

Wong percaya bahawa orang Sabah tidak puas hati dengan hasil laporan RCI yang diumumkan baru-baru ini.


Sebelum ini tarikh pengumuman laporan RCI ditangguhkan berkali-kali, rakyat menaruh harapan tinggi terhadap laporan tersebut  tetapi begini pula hasilnya. Rakyat Sabah sememangnya berasa amat kecewa.

Wong berkata sedemikian setelah menerima laporan RCI versi bahasa Inggeris yang mengandungi 368 muka surat, dan versi bahasa Melayu yang mengandungi 427 muka surat.

Selain itu, beliau mengatakan bahawa suruhanjaya siasatan diraja memanggil beratus-ratus orang saksi untuk memberi keterangan di mahkamah, tetapi akhirnya hanya mengemukakan satu cadangan sahaja, iaitu menubuhkan satu Urus Setia Tetap untuk mengurus masalah pendatang tanpa izin, dimana ia hanya tercatat dalam satu setengah muka surat di laporan tersebut, ini memang tidak dapat diterima.

Menurut Wong, dalam laporan RCI, terdapat banyak perkara tidak dijelaskan dengan sepenuhnya, terutamanya keterangan mahkamah oleh 5 orang pengarah dan pegawai jabatan imigresen yang membekalkan bukti yang kukuh dah sah, namun laporan tersebut tetap menafikan kewujudan Project IC.

Beliau juga tidak bersependapat dengan laporan RCI yang tidak menerima kembali kad pengenalan yang diberi, untuk mengatasi masalah pendatang tanpa izin mendapatkan kad pengenalan Negara kita secara haram. Beliau berpendapat bahawa pengeluaran semula kad pengenalan kepada rakyat Sabah merupakan cara yang berkesan, tetapi malangnya laporan tersebut tidak menerima cadangan ini.

Beliau berkata, kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah, namun ketika kerajaan mengumumkan hasil laporan surahanjaya siasatan diraja, perkataan ‘diraja' telah dimansuhkan, ini menunjukkan ketidakhormatan, dan motif di sebaliknya amat diragui.

Selain itu, Wong juga menegaskan bahawa laporan RCI yang baru diumumkan ini membuktikan kerajaan BN tidak berhasrat untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah, hanya membiarkan masalah tersebut diteruskan begitu sahaja .

"Dengan laporan RCI ini, orang Sabah sememangnya berasa amat kecewa terhadap kerajaan BN. Jika Sabah ingin mengembalikan kecemerlangan, Sabahan mestilah berusaha menyelamat diri sendiri, berani untuk menukar kerajaan." kata Wong.





JUNAIDAH RASMI PROGRAM IBU TUNGGAL NBOS 7 PERINGKAT DAERAH SANDAKAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sejajar dengan Wawasan 2020, Malaysia kini sedang mengorak langkah ke arah merealisasikan hasrat negara untuk mencapai status  negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Tahun 2020 adalah merupakan tunjang pembangunan ekonomi negara, perkhidmatan awam sedang giat melaksanakan agenda transformasi negara dengan menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif.

Diselaraskan strategi Lautan Biru kebangsaan   (National Blue Ocean Strategy-NBOS) diperkenalkan sebagai satu pendekatan bagi melengkapi pelaksanaan  Program Transformasi Nasional demi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat umumnya.
 
Penaung Panel  Penasihat Kesihatan KKIA Sandakan Datin Hajah Junaidah Aji berkata demikian ketitaka berucap marasmikan Program Ibu Tunggal NBOS 7 Peringkat Daerah Sandakan anjuran Jabatan Kesihatan Kawasan Sandakan yang diadakan di  perkarangan Klinik Ibu Dan Anak Sandakan pagi tadi.


Katanya lagi Strategi Lautan Biru Negara atau ringkasnya NBOS iaitu satu program telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri  yang memfokuskan kepada beberapa perkara iaitu a) Penghasilan Idea yang Kreatif b) Kolaborasi antara Jabatan atau agensi c) Memerlukan kos perbelanjaan yang minimum d) Melaksanakan dengan segera e) Meningkatkan system penyampaian kerajaan kepada rakyat  dan hasilnya berimpak tinggi.

Program yang diadakan bermula dari jam 7.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang telah dihadiri seramai 200 orang termasuk 70  ibu tunggal.




ADUN PKR INANAM AKAN KOSONGKAN KERUSI DUN INANAM

OLEH: THOMAS SUNGGIUK


KOTA KINABALU”- Anwar Ibrahim adalah pakar strategi Pakatan Rakyat. Langkah Kajang tidak pernah terfikirkan oleh siapa. Kini, langkah Inanam juga merupakan satu langkah Anwar, jika benarlah sepertimana kenyataan yang dimuatnaik pada laman FB ADUN Inanam itu.

Pengumuman ADUN PKR Inanam Dr Roland Chia Ming Shen untuk mengosongkan kerusi itu melalui laman facebook pada awal hari Rabu dengan menyatakan masalah kesihatan adalah puncanya,kalau benar-benar berlaku memang salah satu strategi Anwar bagi menjawab Lapran RCI PATI Sabah yang diumumkan pada 3 Disember.

Anwar mentafsir kenyataan Pemimpin Utama DAP Lim Kit Siang, jika Laporan RCI diumumkan sebelum PRU-13, maka Sabah kini bukan lagi diperintah BN, sebaliknya oleh Pakatan Rakyat.

Dun Inanam merupakan kawasan campuran Bukan Islam, Islam dan Cina, dengan komposisi 25%-44%-31%. 

Dun Inanam terletak dalam Parlimen P171 Sepanggar, di mana penyandangnya adalah Umno yang dimenangi oleh calon UBN Datuk Jumat Idris pada PRU-13 lalu. Parlimen Sepanggar sememangnya wilayah BN.

Pada PRU-13 lalu, DUN Inanam yang diwakili PBS sejak tahun 1985, kalah kepada calon PKR Dr Roland Chia. Sementara Dun Karambunai pula masih dimenangi calon UBN.

Dun Inanam pada tahun 2013 mempunyai 24,403pengundi. Berasaskan jumlah yang turun mengundi sebanyak 19,653 (80.54%) kemungkinan pecahan yang mengundi menurut kaum adalah bumi islam-8,647, bumi bukan islam 4,913 dan kaum cina 6,093.

Keputusan PRU-13 calon BN mendapat undi 5,724, calon PKR 8,926, manakala calon SAPP 5,003 undi.

Melihat kepada jumlah pengundi islam yang mengundi dibandingkan dengan undi yang diperoleh Bn, menggambarkan bahawa pengundi islam tidak sepenuhnya menyokong Bn.

Trend pengundian bagi Dun itu pada PRU-13 bukan dicerminkan oleh komposisi kaum, melain kombinasi berbagai kaum.

Daripada jumlah undi, calon yang menang hanya mendapat 45.42 peratus, ertinya pemenang tidak mendapat undi popular. Calon Bn mendapat 29.13 peratus undi popular, manakala SAPP salah satu parti pembangkang mendapat 25.46 peratus undi popular.

Memandangkan Laporan RCI tidak diterima oleh kaum KDM termasuk para pemimpinnya, maka PR memanfaatkan situasi itu untuk mencipta memontum bagi memperlancar usaha mereka mendapatkan seberapa banyak kerusi di Sabah. Sabah dan Sarawak merupakan penghalang utama PR merampas Putrajaya bagi PRU yang telah dijalankan.

Jika berlaku PRK Inanam, maka ianya flatform BN terutama parti-parti komponen Bn yang berpaksi kepada KDM. Visi Do or Die mungkin akan berlaku. POSTED BY FREE SANDAKAN TODAY