SAMPAI HATI SEORANG IBU MENINGGALKAN EMPAT ANAKNYA BERBEKALKAN WANG TUNAI RM70.00


 DARI KACAMATA KETUA WANITA  PBS TG PAPAT
SALEENA Titi


SEBAGAI seorang wanita apa lagi orang bergelar ibu seharusnya menyayangi anak-anaknya kerana anak-anak itu merupakakan  anugerah Allah sepatutnya dijaga dengan sebaik-baiknya.

Saya amat bersimpati  dan amat sedih  sekali terhadap nasib  empat orang anak yang  masing-masing baru berumur dua yang besar tujuh tahun  empat tahun dan paling kecil 2 tahun yang telah ditinggalkan ibunya dengan berbekalkan wang tunai RM70.00 botol susu  dan dua utas payung

Menurut laporan rasmi seorang anggota polis berpangkat L/KPL 176236 Kamil dan seorang lagi rakannya telah memjumpai kanak-kanak berempat itu percayai berbangsa Iban kelihatan berlegar-legar di kawasan Sibu Jaya
Hasil pemeriksaan rupa-rupanya mereka berempat itu dihalau keluar oleh ibunya kerana dipercayai  ibunya berhasrat hendak kahwin baru.

Kebiasannya  kalau berlaku penceraian suami isteri boleh dikatakan 80 peratus bapa tadi yang suka meningalkan anak-anak begitu sahaja  dan ibu yang telah ditinggalkan suami tadi yang sudah bergelar janda atau ibu tunggal terpaksa memeihara dan menjaga anak-anaknya sehingga mereka dewasa.

Jarang-jarang sekali kita mendengar ibu yang sanggup meninggalkan anak-anaknya bila berlakunya penceraian itu, sebagai mana susahnya seorang ibu terpaksa juga menjaga anak-anak mereka, itulah sifat-sifat kelebihan  seorang ibu menyayangi  anak-anak mereka berbanding dengan seorang lelaki bila sudah bercerai terus kahwin baru.
  
Dalam konteks ini saya ingin menyentuh sedikit peranan dan pengorbanan seorang itu terhadap anak-anaknya seorang ibu tunggal boleh menjaga 10 orang anak sehingga dewasa dan sebahagian anak-anak yang dibela tanpa seorang ayah  ada yang sudah berjaya dalam kehidupan mungkin ada yang sudah jadi doctor dan lain-lain lagi.

Namun disebaliknya pula dalam 10 orang anak-anak tadi belum tentu boleh menjaga seorang ibu ada kalanya ibu-ibu tunggal tadi bila  sudah tua  dihantar kerumah kebajikan orang-orang dengan alasan tiada orang menjaganya kerana semua bekerja.

Berkisar dengan cerita budak berempat yang telah ditinggalkan ibunya di Sibu Sarawak itu, sebagai seorang ibu seharusnya menyayangi anak-anaknya walaupun ibu tadi ingin berkahwin baru tapi anak-anak jangan  diketapikan, anak-anak itu adalah anugera tuhan

Orang  yang  mendirikan rumah tangga apa tujuannya lain tidak bukan selain menikmati kerosonakan disamping  itu mahu dapat anak atau keturunan.


Sebagai kesimpulannya ada orang sudah berumah tangga bertahun-tahun lamanya mereka tidak mendapat zuriat (anak) mereka sanggup mengambil anak  orang lain untuk jadikan anak angkat, ini sudah dapat anak darah daging sendiripun mereka masih tega menginggalkannya apa punya cerita ini”

2 comments:

  1. The Sabah Insider. Net tidak akan bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. -

    ReplyDelete