RIDZMAN DAN NOOR AZREEN MURID CEMERLANG 5A UPSR SK SUNGEI KAYU


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SUNGEI SIBUGA:-  Seramai 68 murid tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Sungei Kayu yang telah mengikut peperiksaan akhir UPSR dua daripadanya telah mendapat keputusan cemerlang   5A  dalam kesemua subjek

Murid yang dimaksudkan itu yang  mendapat  5A ialah Ridzman Fihim Wali dan  Noor Azreen Rosli dan lima orang murid lagi lainnya masing-masing mendapat  4A.

Mereka yang mendapat  5A telah menerima  hadiah  berupa wang tunai  yang disumbangkan oleh pihak sekolah berkenaan sebanyak RM120.00. manakalah mereka yang mendapat  4A juga menerima hadiah wang tunai sebanyak RM80.00

Terdahulu dalam ucapan alu-aluan Guru Besar Janimah  Jaman antara lain menjelaskan mengucapkan tahniah dan syabas kepada dua orang murid yang mendapat keputusan  5A dan mendapat  4A kerana atas daya usaha gigih mereka yang tekun belajar akhirnya membawa satu kejayaan boleh dibanggakan bukan saja  melibatkan para  ibubapa  malahan kepada tenaga pengajar  khususnya guru-guru mereka kegembiraan itu turut dikongsi bersama.
 
“Saya berharap mereka yang akan melangkah ke sekolah menengah pada tahun depan nanti  sentiasa mengekalkan  tabiat rajin dan tekun belajar  agar kamu nanti mendapat keputusan yang cemerlang ditahun-tahun berikutnya” ujarnya.

Kewujudan Sekolah Kebangsaan Sungei Kayu  yang dibuka  28 Julai ini setelah pindah daripada  bangunan lama ianya mempunyai murid seramai 438  dan 29 guru 4 orang kerani.







No comments:

Post a Comment