PROGRAM WOMEN CAREER COME BACK GALAKAN WANITA BERPERANAN....LINDA TSEN.....SAMSUDIN

OLEH: AZMI AZMAN

Gambar Menunjukkan:.....Linda bersama Samsudin dan Rahimah merasmikan Balai Wanita Puan Hajjah Kasmah Salleh di Kampung Gas




BATU SAPI:- Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin yakin bahawa program-program seperti Program Pengarah Wanita, “Satu Malaysia Support for Housewives dan “Women Career Come Back akan menggalakkan kaum wanita memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembangunan negara dan menyumbangkan kepada kesejahteraan rakyat.

Dalam Belanjawan 2015 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, satu strategi  iaitu Strategi Kelima Belanjawan ialah Memartabat Peranan Wanita, kata Linda ketika merasmikan Balai Wanita Puan Hajjah Kasmah Salleh di Kampung Gas kelmarin.

Ia termasuk melibatkan usaha memperkukuh program Pengarah Wanita untuk mencapai 30 peratus penglibatan wanita dalam kumpulan pembuat keputusan, program “Satu Malaysia Support for Housewives” dan program “Women Career Come Back”, tambah beliau.

“Saya yakin program-program ini akan menggalakkan kaum wanita memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembangunan negara dan menyumbangkan kepada kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.


Dalam pada itu, Linda percaya dengan adanya Balai Wanita di Kampung Gas ini, lebih banyak kegiatan boleh dianjurkan untuk kaum wanita dan menyumbangkan kepada strategi Kerajaan untuk Memartabat Peranan Wanita.

“Saya menyarankan penduduk-penduduk di Kampung Gas ini, terutamanya kaum wanita, menggunakan sepenuhnya Balai Wanita ini untuk manfaat semua,” kata Linda.

Linda telah menyempurnakan perasmian Balai Wanita yang dibina menggunakan peruntukan Ahli Parlimennya, bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya dan Ketua Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah.




No comments:

Post a Comment