PENDUDUK KG BAMBANGAN GEMBIRA DAPAT JETI BARU

OLEH: ROBERT LEE YUN KEONG

 
Gambar Kelihatan……..Linda (tengah) bersama pemimipin kampung semasa merasmikan jeti baharu di Kampung Bambangan






BATU SAPI:-   Penduduk di Kampung Bambangan yang kebanyakannya nelayan telah mendapat satu jeti baharu untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian dengan lebih selamat dan selesai. 
Jeti nelayan lama yang usang dan roboh telah diganti dengan pembinaan satu jeti yang baharu dari peruntukan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Kemudahan yang baharu siap dibina itu telah dirasmikan oleh Linda sendiri ketika mengadakan lawatan ke kampung tersebut yang terletak kira-kira 30 KM  perjalanan darat melalui Seguntor dari Bandar Sandakan.

Terdapat lebih dari 70 buah rumah  di perkampungan berkenaan dimana majority daripada penduduk bergantung kepada tangkapan hasil laut untuk kehidupan harian mereka.

Menurut Linda, Kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengambil berat dan mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat.

Beliau berharap pembinaan jeti nelayan baharu untuk menggantikan struktur yang lama itu akan membolehkan para penduduk menjalankan rutin harian mereka dengan selamat dan selesai.

Turut hadir dalam rombongan Linda ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.





No comments:

Post a Comment