MP: Majlis Peguam patut berkuasa dakwa Ibrahim



ALOR STAR:-  Ahli Parlimen Alor Star  Gooi Hsiao Leung menggesa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengeluarkan satu perintah kepada Majlis Peguam untuk memulakan prosiding jenayah ke atas presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

MP Alor Setar itu memberi alasan, beliau melihat peguam negara “enggan” menjalankan kes tersebut.

“Demi kepentingan umum, saya menggesa beliau memberikan perintah kepada Majlis Peguam untuk mendakwa Ibrahim bagi pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Gooi menggariskan bahawa pelantikan peguam persendirian untuk mendakwa dalam kes jenayah bukan perkara baru kerana pelantikan Datuk Seri Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwaan dalam kes Liwat II menjadi duluan kes.

"Dalam konteks ini, saya menggesa Majlis Peguam agar memohon kepada peguam negara untuk mendapatkan perintah bagi memulakan prosiding jenayah ke atas Ibrahim memandangkan ini merupakan kes ini melibatkan kepentingan awam yang utama,” tambahnya.

MP itu berkata, kenyataan Ibrahim, yang mengancam untuk membakar Bible, tidak berjaya didakwa mengikut Seksyen 505(b) dan (c) Kanun Keseksaan kerana elemen “niat” tidak dapat dibuktikan.

Gooi bagaimanapun berkata, penjelasan Abdul Gani hanyalah alasan untuk tidak mendakwa Ibrahim.

“Keengganan untuk mendakwa Ibrahim adalah kegagalan peguam negara untuk memenuhi ikrar jawatannya untuk menguatkuasa undang-undang tanpa rasa takut atau memihaknya.


Tambahnya lagi  tidak  ada tindakan undang-undang diambil peguam apa yang telah dilakukan oleh Ibrahim Ali maka besarlah kepalanya dan dia (Ibrahim) menganggap dia adalah seorang kebal dengan undang-undang  sedangkan polispun takut nak menangkap  Ibrahim.. POSTED BY MALAYSIAKINI

No comments:

Post a Comment