KONGRES PERWAKILAN TAHUNAN PBS KE 29 MENYATUPADUKAN AHLI-AHLI KOMPONEN BN SABAH...KATA SALEENA

OLEH: AZMI AZMAN



SANDAKAN:-  Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke 29 yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Likas baru-baru ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak benar-benar menyapadukan tehadap  perjuangan Barisan Nasional (BN) yang dianggota oleh parti-parti  komponen seperti LDP, UMNO, PBRS, UPKO, Gerakan, MIC dan MCA khususnya di Sabah.

Dalam ucapan perasmian pada persidangan itu antara lain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Abdul Razak menyifatkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (gambar) sebagai patriot Malaysia yang sejati kerana pendirian teguhnya untuk memastikan Sabah terus berada dalam Malaysia.
 
Kata Ketua Wanita Bahagian PBS Tanjung Papat Saleena Titi berkata demikian  kepada wartawan The Sabah Insider.net sekembalinya dari menghadiri Persidangan PBS ke 29 itu kelmarin.

Saleena berkata Datuk Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) menjelaskan  pengakuan terbuka dan tegas Pairin di hadapannya itu merupakan kenyataan yang sangat tinggi nilai baginya sebagai perdana menteri Malaysia yang mengepalai pentadbiran sebuah negara berasaskan persekutuan.


Berikut  sebahagian petik ucapan Datuk Najib

"Saya mendengar ucapan presiden PBS sebentar tadi. Saya meneliti ucapan beliau dengan khusyuk dan saya merakamkan butir-butir yang dibangkitkan Tan Sri Pairin Kitingan. Beliau menyentuh 11 perkara.

"Dalam banyak-banyak perkara yang paling tinggi nilainya ialah apabila Tan Sri Pairin Kitingan melahirkan kesanggupan beliau bersama PBS mempertahankan Sabah dalam Malaysia. Pengakuan ini cukup besar ertinya walaupun kita tahu orang yang agak rapat dengan beliau bercakap berlainan di luar.

"Tetapi Tan Sri Pairin dan pemimpin PBS adalah rakan setia kepada Barisan Nasional dan seorang patriot negara Malaysia kerana mencintai negara Malaysia lebih daripada apa-apa pertimbangan yang lain.

“Dengan kata-kata Perdana Menteri itu  terhadap Presiden PBS membuatkan kami sebagai ahli-ahli PBS khususnya daripada Bahagian Tanjung Papat  bertambah  bersemangat untuk  meneruskan perjuangan kami di parti PBS di bawah pucuk pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan dan rakan-rakan yang lain” ujar Saleena


“Saya mewakili barisan Ahli Jawatankasa Bahagian PBS Tanjung Papat  yang lain berikrar akan setia dan memberikan sokongan yang tidak bebelah bagi terhadap  kepimpinan Datuk Pairin sebagai Presiden Parti PBS untuk selama-lamanya” kata Saleena.

No comments:

Post a Comment