JKDB DAN RUKUN TETANGGA FLAT KARAMUNTING ANJUR KEMPEN KUTU SAMPAH


OLEH: SAIMON  S JUMADI
FOTO: APEK ANSUKOI


KARAMUNTING:- Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB)  Flat Karamunting dan Rukun Tetangga Zon Flat Karamunting petang tadi telah mengadakan Kempen Kutu Sampah.

Pengerusi JKDB Flat Karamunting Puan Haidah Nasrin  yang  mengetuai kempen tersebut bersama-sama AJK JKBD dan AJK Rukun Tetangga  bagi menerangkan kepada penduduk-penduduk mengenai penjagaan kebersihan disekeliling kawasan flat berkenaan perlu ditingkatan

Selain mengadakan kempen kutu sampah Haidah sempat  menemui para penjaja dan menjelaskan pihaknya akan mengstruktur (menyusun) semula  mengenai kedudukan  gerai-gerai yang kini tidak taratur.

“Kita akan susun semula kedudukan gerai mengikut urutan yang betul supaya   kelihatan lebih kemas dan tersusun rapi  kalau gerai ikan, ikan saja, gerai sayur dan gerai buah-buahan disatukan gerai  menjual  makanan  minuman  disatukan dan gerai menjual pakaian rombengan” kata Haidah kepada Wartawan Kanan The Sabah Insider.net sejurus selepas lawatannya kegerai berkenaan.


Katanya lagi kedudukan gerai ikan yang ada sekarang memang tidak sesuai  kita telah mengambil kira  dari aspek sudut  keselamatan tidak terjamin kerana keberadaan gerai tersebut  kini  berada di tepi jalan raya dan  akan membahayakan para pelanggan yang hendak membeli ikan 

“Saya berterima kasih kepada  semua penjaja berkenaan kerana menyambut baik cadangan untuk memindahkan gerai-gerai mereka ketempat yang lebih selesa dan  lebih selamat darpada gangguan para kenderaan yang lalu lalang disitu” ujarnya.




No comments:

Post a Comment