JAHID HAMIDI BERI LALUAN ANAK-ANAK PATI JADI WARGANEGARA MALAYIA..DAKWA YONG

BY ADMIN

OLEH THOMAS  SUNGGIUK

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee berkata, kanak-kanak ini nanti bukan sahaja menjadi rakyat Malaysia yang “sah” tetapi selepas itu mereka akan menjadi rakyat Sabah dan penduduk “asal” Sabah.

Yong ketika mengulas pengumuman Menteri Dalam Negeri untuk memberi sijil kelahiran kepada kanak-kanak jalanan dan yang tiada negara merupakan satu lagi tamparan kepada Sabah, yang sudah pun dibanjiri dengan masalah pendatang tanpa izin (PTI)
 “Rakyat Sabah semakin curiga dengan kerajaan. Kegagalan mereka mengumumkan laporan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin yang sudah lama dinanti-nantikan juga membuatkan penduduk semakin tidak sabar,” katanya dalam kenyataan mengulas pengumuman menteri itu, Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.
Beliau menyertai badan, parti politik dan individu lain yang mengecam pengumuman Zahid itu dengan mengatakan, belum satu pun masalah pendatang di Sabah yang diselesaikan kerajaan pusat.
Pemberian sijil itu kepada kanak-kanak katanya, akan hanya memburukkan keadaan di mana ketika ini pun jumlah pendatang tanpa izin sudah pun melebihi jumlah penduduk tempatan.
Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) itu percaya, tidak kira apa yang dikatakan oleh Menteri itu dan para peguam mengenai isu ini, tidak dapat dinafikan bahawa ramai pendatang mendapat MyKad walaupun tanpa sijil beranak.
“Seorang imigran tanpa izin katanya, boleh jadi rakyat Malaysia tanpa sijil kelahiran. Apa tah lagijika kanak-kanak ini ada dokumen ini. Bukankah ini kes beri sijil sekarang, MyKad kemudian?” katanya. “Isu ini benar-benar membuatkan penduduk Sabah kesal dan pendekatan lebih sesuai perlu dicari untuk menyelesaikan masalah ini.”
Satu cara penyelesaian, kata Yong, ialah menyatukan semula ahli keluarga iaitu dengan kanak-kanak itu dengan ibu bapanya. Pendekatan ini lebih berperikemanusiaan daripada mengiktiraf perpisahan itu dengan memberi kanak-kanak surat beranak.
‘Dalam hal ini, kerajaan Malaysia, Filipina dan Indonesia mesti bekerjasama untuk menyatukan kanak-kanak ini dengan keluarganya di negara asal mereka. ‘
Menurut Yong, sesetengah kanak-kanak ini dilahirkan di luar Malaysia dan dibawa masuk kemudian ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. “Ada yang kehilangan ibu bapa sebab ditahan dan dihantar balik ke negara asal selepas ditahan dari tempat kerja seperti tapak-tapak binaan.”
Yong berkata, ramai tahu bahawa kebanyakan anak-anak pendatang ini adalah kanak-kanak jalanan yang terpisah daripada ibu bapa mereka.
Menyatukan keluarga, katanya, merupakan pendekatan terbaik dan kaedah ini diguna pakai di kebanyakan negara.


























ANAK-ANAK  PATI.....Bakal menjadi warganegara Malaysia jika diberikan Sijil KelahIran ini untuk menambah rakyat Sabah

No comments:

Post a Comment