DAP EDAR SURAT KHABAR TERBITAN DAP DI KAMPUNG SIM-SIM DAPAT SAMBUTAN BAIK DI KALANGAN PENDUDUK SETEMPAT

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Timbalan Pengerusi DAP Sandakan yang juga mantan calon PRU13 Tanjung Papat Frankie Poon bersama Pegawai Khas Parlimen Sandakan Amsi Liew dan rombongan daripada Pakatan ia itu PKR Sandakan telah mengedarkan Surat Khabar DAP kepada penduduk-penduduk Kampung Sim-Sim dekat sini kelmarin.

Menurut Poon tujuan DAP mengedar surat khabar terbitan parti itu adalah untuk mendedahkan  kepada rakyat jelata mengenai gambaran sebenar perjuangan parti DAP di negara ini.

“Apabila mereka menbaca berita-berita tersebut mereka sudah  tentu tahu bahawa perjuangan parti DAP di negara ini bukan tentumpu kepada satu kaum saja seperti yang dIdakwa oleh pihak parti lawan sebenarnya perjangan DAP adalah untuk membela nasib rakyat yang berbilangan kaum termasuk kaum  Cina, India dan Melayu”Ujar Frankie.

Frankie mengucapkan terima kasih kepada penduduk-penduduk Kampung Sim-Sim semasa beliau dan rombongan itu mengedarkan surat khabat tersebut nampaknya mendapat sambutan baik di kalangan penduduk setempat.



No comments:

Post a Comment