CADANGAN JKDB AKAN PINDAHKAN GERAI-GERAI KE KAWASAN LEBIH SELESA DISAMBUT BAIK PENJAJA


OLEH: SHAIMON S JUMADI

CADANGAN Pengerusi Jawatankuasa Kemsyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Flat MPS Karamunting Haidah Nasrin untuk mengemaskinikan  struktur kedudukan gerai-gerai penjaja dilingkungan kawasan perumahan itu adalah merupakan satu usaha murni dan tindakan yang positif.


BINCANG....Haidah telah menemui seorang penjual ikan bagi menerangkan maksud yang sebenar mengenai pemindahan gerai-gerai itu





Dalam tinjauan Krew The Sabah Insider.net ketempat itu baru-baru ini telah melihat bahawa kedudukan gerai-gerai di situ tidak tersusun lintang pukang sebahagian penjaja ikan meletakan gerai mereka disepanjang pinggir jalanraya ini boleh membahayakan para pelanggan kerana kenderaan memang tidak putus-putus lalu dijalan masuk ke kawasan flat tersebut.

Atas inisiatif dan inovatif  dan kebijaksaan pengerusi JKDB itu beliau telah mengorak langkah setapak untuk membantu bagi memajukan para penjaja disekitar kawasan itu  dalam dunia perniagaan kecil-kecilan lantas beliau (Haidah) telah mengambil keputusan untuk memindahkan gerai-gerai tersebut ditempat kawasan yang lebih selamat dan lebih selesa.

Pada hari Sabtu lepas Haidah dan bersama Ahli Jawatankuasanya berkesempatan menemui beberapa orang penjaja untuk menerangkan tentang cadangan untuk memindahkan gerai-gerai itu disatu kawasan yang telah disediakan  telah disambut baik oleh para penjaja terbabit.

Kata Haidah tujuan untuk memindahkan gerai-gerai yang ada sekarang ini yang tidak tersusun akan susun semual strukturnya  mengikut urutan contohnya kalau gerai ikan dikhaskan untuk gerai ikan sahaja begitu juga gerai sayur dan buah-buahan disatukan, sementara garai makan dan minuman juga disatukan manakala gerai rombengan memang diasingkan.

“Inilah satu tanggungjawab dan peranan  yang pikul oleh JKDB memang  sentiasa untuk membantu kepada masyarakat setempat bukan saja fokus kepada satu arah  sahaja tetapi fokus kesuluruhan khususnya yang ada hubung kaitan dengan permasalahan penduduk dalam beberapa aspek dari segi kesihatan, pembangunan dan alam sekitar ini perlu diambil kira sejajar dengan peranan JKDB sebagai mata telinga kerajaan” ujarnya.




No comments:

Post a Comment