AHLI PARLIMEN SANDAKAN (DAP) PERTIKAIKAN TENAGA,TEKNOLOGI DAN AIR DI SABAH

Ucapan Pembahasan oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt di Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air):

Tuan Pengerusi,


Terima kasih kerana diberi peluang mengambil bahagian dalam pembahasan di peringkat jawatankuasa berkenaan kementerian tenaga, teknologi hijau dan air.

Saya ingin merujuk kepada kepala P29 di bawah butiran 03200 mengenai Sabah Electricity Sdn Bhd ataupun SESB.

Tuan Pengerusi,

Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) dari tahun 2011 hingga 2015, kerajaan telah meluluskan anggaran peruntukkan sebanyak 2.4 billion kepada SESB di bawah butiran yang sama. Tetapi membaca bajet ini adalah amat kecewa sekali.

Dari tahun 2011 hingga 2013, peruntukkan yang diberi kepada SESB adalah sebanyak 67 juta.Dalam tahun 2014 peruntukkan telah diberi adalah 113 juta. Dalam bajet 2015, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 111 juta kepada SESB. Keseluruhannya, walaupun sasaran rancangan kerajaan ialah 2.4 billion, tetapi akhirnya tidak sampai 300 juta telah diperuntukkan.


Saya ingin tahu, kenapa Rancangan Malaysia ke-10 ini telah meluluskan peruntukkan sebanyak 2.4 billion ini tidak dipakaiguna sepenuhnya?Mengikut KPI kerajaan, bukankah semua peruntukkan yang telah dirancang hendaklah dipakaiguna sepenuhnya?Jelas sekali dalam RMK10 ini, peruntukkan diberi kepada SESB hanya dipakaiguna tidak melebihi 15 peratus daripada 2.4 billion itu.Ini menunjukkan pentadbiran kerajaan yang begitu tidak effisien dan tidak effective. Ini langsung mengecewakan semua rakyat Sabah!

Saya ingin mendapat tahu kenapa ini berlaku?Adakah rancangan telah dihentikan atau dibatalkan?Saya harap ini bukan salah satu bukti menunjukkan kerajaan persekutuan telah mengabaikan pembangunan negeri Sabah.

Tuan Pengerusi,

Dalam konteks ini, sedangkan Sabah mengalami kenaikan tariff elektrik, nampaknya TNB tidak menyalurkan bantuan, kini kerajaan persekutuan pun telah gagal memperuntukkan apa yang telah dirancangkan dalam RMK10. Ini telah menindaskan rakyat Sabah dan no wonder Sabah begitu susah dan kawasan saya Sandakan kini masih menghadapi gangguan elektrik setiap hari!

Saya harap persoalan-persoalan tersebut akan diberi penjelasan secara terperinci.

Tuan Pengerusi,

Berkenaan dengan SESB, saya berasa amat kecewa,sedangkan rakyat Sabah sentiasa mengalami gangguan elektrik, kini prestasi pembekalan elektrik kepada pengguna adalah sangat tidak memuashati, malahan juga menurut buku bajet ini, kadar gangguan elektrik atau SAIDI di Sabah telah meningkat dari setiap pengguna 423 minit pada tahun 2013 hingga 700 minit pada tahun 2014, tetapi SESB masih menaikkan tariff elektrik setinggi 16.9 peratus pada Januari tahun 2014, di mana ia merupakan kenaikkan tariff yang PALING TINGGI berbanding seluruh Negara. Ini langsung tidak munasabah.

Tidak lupa juga Sabah merupakan oil-producing state yang begitu kaya dengan sumber asli dan telah menyumbangkan subsidi kepada IPP, tetapi kini kita mengalami kesusahan ini, ini langsung merupakan laughing stock di seluruh dunia!

Dengan prestasi SESB yang begitu teruk, SESB masih ada muka nak minta kenaikan tariff elektrik di Sabah? Ini bukan saja menindaskan orang Sabah, malah merupakan perombak di Sabah!

Selain itu, saya juga mendapat aduan bahawa kini SESB mulai mengutip deposit yang berlebihan di Sabah. Mengikut aduan, bukan saja tariff ini telah dinaikkan, tetapi sekarang masih nak memberi lebih banyak deposit, ini tentu membebankan rakyat di Sabah. Masalah nya ialah, kenapa mengutip deposit ini berkali-kali? Jika pengguna itu tidak bayar bil, SESB tentu akan memotong perkhidmatan tersebut, ini saya yakin SESB paling pandai dalam hal ini.

Tetapi saya berasa hairan, mengikut jawapan YB Menteri, salah satu faktor ketidakcukupan pembekalan elektrik di Sabah adalah pencurian elektrik, kebanyakan kes ini terlibat golongan PTI, oleh kerana PTI tidak mempunyai dokumen yang sah, maka SESB berkata ia tidak boleh diambil tindakan. Saya memang tidak setuju, dan saya harap SESB akan mewujudkan satu peraturan untuk mengendalikan masalah tersebut.

Tuan pengerusi,

SESB merupakan anak syarikat di bawah TNB yang mempunyai 80 peratus saham dan TNB telah mencatatkan keuntungan yang besar seharusnya mempunyai tanggungjawab ke atas SESB untuk membantu SESB dalam semua aspek.

Mengikut Financial Report TNB, dari tahun 2010, TNB telah mencatatkan keuntungan sebanyak 3.2 billion dan keuntungan ini telah berlanjut dari tahun 2011, 2012, 2013 sehingga 2014 yang terkini. Dalam tahun 2013, TNB telah mencatat keuntungan sebanyak 4.6 billion manakala tahun 2014 TNB dijangka akan mencatat keuntungan sebanyak 6.1 billion ringgit!Ia berlaku selepas kenaikan tariff pada awal tahun ini. Walaupun keuntungan yang besar tiap-tiap tahun, tetapi kerajaan masih meluluskan TNB menaik tariff untuk membebankan rakyat, ini langsung tidak boleh diterima dan saya anggap kerajaan Barisan Nasional ini, slogan harus ditukar, menjadikan RAKYAT DIBEBANKAN, KRONI DIUTAMAKAN.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa TNB ini bukan suatu syarikat peribadi yang seperti SDN BHD biasa.Ia merupakan syarikat yang bersifat nature monopoly dan membekalkan suatu keperluan yang paling asas kepada semua rakyat. Ia mempunyai tanggungjawab masyarakat atau social responsibility.

Kemudahan asas seperti bekalan elektrik merupakan tugas kerajaan.Meskipun TNB tidak untung, pun hendaklah membekalkan kemudahan asas kepada rakyat. Sekarang TNB telah mendapat keuntungan yang begitu besar, tetapi masih nak menaikkan tariff elektrik, ini langsung tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral!

Jika TNB tidak berupaya menguruskan SESB dan tidak boleh membantu rakyat Sabah, saya mencadangkan di sini bahawa mengembalikan hak pengurusan SESB balik ke kerajaan negeri.

Tuan Pengerusi,

Menurut laporan akhbar Star bertarikh 28 Oktober 2014, syarikat 1MDB akan muncul sebagai pemain utama dalam bidang tenaga di negeri Sabah dengan penglibatan syarikat tersebut dalam sebuah loji janakuasa gas 400MW sama ada di Sandakan atau Lahad Datu, dan sebuah loji hidroelektrik 780MW in Ulu Padas, Tenom.

Tuan Pengerusi,

Ini adalah amat membimbangkan.Pertama sekali, kenapa projek-projek tersebut tidak ditawarkan kepada syarikat tempatan dan harus diberi prioriti kepada 1MDB ini?

Yang paling membimbangkan adalah, sudah kita sedar melalui debat parlimen dan laporan media bahawa banyak masalah telah diwujudkan dalam 1MDB ini.

Tuan Pengerusi,

Cara 1MDB mengumpul dana dengan cara berhutang adalah kontroversi dan mengundang kritikan. Iabukan sahaja dikritik oleh pembangkang, namun pemimpin UMNO sendiri seperti Tun Dr Mahathir dan Tun Daim.

Kini 1MDB telah berhutang berpuluhan billion ringgit, sudah tentu membimbangkan kita adakah 1MDB berupaya membayar hutang yang begitu besar ini. Masalah sekarang ialah, jika ia telah berhutang begitu besar, kenapa ia diberi priority untuk membina loji janakuasa ini? Adakah ia akan menyebabkan tariff elektrik lebih tinggi oleh kerana 1MDB nak bayar hutang? Semua kontroversi ini perlu dijawap.

Seperti saya berkata tadi, kenapa ia tidak boleh dibina oleh syarikat tempatan atau melalui tendar terbuka mencari syarikat yang lebih baik?Kenapa beri 1MDB yang begitu kontroversi?Kenapa mesti 1MDB diberi priority manakala kemungkinan ia akan menimbulkan banyak masalah kepada Sabah? Saya minta penjelasan.

Selain itu, saya juga ingin tahu adakah loji janakuasa hidroelektrik yang begitu besar ini akan mengambil alih tanah yang terlibat NCR land atau tanah-tanah perkampungan di Sabah? Saya harap ia akan membuat kajian EIA dan harus comply syarat-syarat EIA, memastikan ia tidak merosakkan alam sekitar Sabah.

Tuan pengerusi,

Sebelum saya mengakhiri, saya ingin mempersoalkan tentang pembinaan loji janakuasa geothermal di Tawau yang telah mengundang kritik di mana kegiatan pembalakan didapati sedang berlaku di tempat tersebut.

YB Kalabakan pernah membangkitkan isu pembalakan haram di Tawau.Terdapat berlori-lori balak dikeluarkan dari Hutan Simpanan Kelas Pertama Andrassy sejak tahun lalu.Kononnya balak tersebut adalah hasil penebangan pembersihan tapak projek kilang geoterma Tawau Green Energy.

Menurut anggaran terkini yang didedahkan oleh kerajaan, sebanyak 425 hektar hutan ditebang untuk pembinaan kilang tersebut.Untuk makluman dewan yang mulia ini, Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah Sam Mannan sebelum ini mendakwa, pembalakan dilakukan untuk mengosongkan kawasan itu bagi pembinaan jalan raya.Tetapi sebanyak 80% pembinaan jalan sudah siap menjelang Ogos 2013 menurut laman web rasmi Tawau Green Energy.Kenapakah masih banyak balak dijumpai di jalan raya Tawau?

Yang paling menarik sekali ialah, Berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati, pemegang saham majoriti Tawau Green Energy adalah Ketua Pemuda Umno bahagian Sipitang Yamani Hafez iaitu anak Musa Aman, Ketua Menteri Sabah pada masa penubuhan syarikat dan pemberian Perjanjian Pembelian Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui (REPPA).

Adalah sangat ketara bahawa, syarikat ini tiada pengalaman dalam pengendalian bidang jana kuasa. Adakah ia sememangnya merupakan kegiatan pembalakan yang HARAM di atas nama pembinaan loji janakuasa?

Dengan demikian bukan sahaja SPRM harus menyiasat dalam hal ini, saya juga menuntut bahawa sekarang tibalah masanya Menteri Persekutuan untuk campur tangan. Menteri Teknologu Hijau, Tenaga dan Air (KeTTHA) haruslah menjelaskan kepada rakyat apakah status perkembangan projek tersebut, dan adakah projek tersebut viable dijalankan.

Semua kegiatan pembalakan berlebihan daripada tapak pembinaan harus diberhentikan serta-merta dan jikalau syarikat terbabit bersalah, kita harus membawa mereka ke hadapan keadilan.

Saya memang berharap bahawa loji janakuasa geoterma dapat didirikan di Tawau dan Sabah tetapi saya menentang sebarang kegiatan pembalakan berleluasa yang menggunakan pembinaan tapak sebagai alasan.

Dengan itu, saya minta penjelasan. Sekian.

Ulasan tambahan  dari pihak Editor  mengenai isu curi bekalan elektrik di Sabah yang melibatkan para penduduk  setinggan terdiri daripada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) SESB mengalami kerugian setahun RM4.1 juta


SESB  alami kerugian  RM4.1j setahun akibat curi elektrik

Pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) mengalami kerugian kira-kira RM4.1 juta setahun akibat kegiatan mencuri elektrik khususnya oleh penduduk kawasan-kawasan setinggan di negeri ini.
Pengarah Urusan SESB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, kerugian kira-kira RM344,000 sebulan itu berpunca daripada penyambungan haram yang dikesan di kira-kira 86 kawasan setinggan di seluruh negeri.
"Setakat April lepas kita telah melakukan 30 operasi membanteras kegiatan penyambungan elektrik secara haram di seluruh negeri. Dalam tempoh itu (Januari hingga April) 1,400 rumah dikesan melakukan penyambungan bekalan elektrik secara haram," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir Pengurus Besar (Pembahagian) SESB, Ir. Ahmad Fuad Kassim.
Menurut Baharin, kebanyakan penyambungan haram dilakukan dengan menyambung terus wayar ke punca elektrik seperti di talian dan pencawang.
Selain itu katanya, terdapat juga rumah-rumah yang dikesan 'menjual' bekalan elektrik dengan menyalurkan tenaga berkenaan ke rumah lain.
Beliau menjelaskan, kegiatan itu turut memberi kesan kepada pengguna lain kerana menyebabkan gangguan bekalan elektrik selain membahayakan keselamatan orang awam.
"Kabel-kabel berkenaan bukan sahaja terdedah tetapi turut ditanam dan membahayakan keselamatan orang yang lalu-lalang di kawasan itu.

"Sebagai contoh ialah kes kematian seorang anggota polis yang tersentuh kabel elektrik dipercayai daripada penyambungan haram ketika mengejar seorang pengedar dadah di Kampung Kurnia Jaya di Tawau baru-baru ini," katanya.
Beliau berharap orang ramai memberi kerjasama kepada SESB bagi membanteras kegiatan penyambungan elektrik secara haram dengan memaklumkan kegiatan itu kepada SESB menerusi talian 088-282455.
Menurutnya, mencuri bekalan elektrik merupakan perbuatan jenayah di bawah Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990. Posted by FST News (Free Sandakan Today.com) 11.27 am 
  •  


No comments:

Post a Comment