30 ORANG KURANG UPAYA PENGLIHATAN MENGIKUTI KURSUS URUTAN KAKI DAN BADAN

Oleh Mustaffah Mohd Hassan

 
LIBARAN:  Seramai  30 komuniti  Kurang upaya penglihatan dari pusat Penyayang Taman Cahaya yang memilih bidang Urutan Kaki dan Urutan Badan  diwajibkan menyikuti kurus pengiktirafan sijil kemahiran Malaysia.

Demikian kenyataan media yang dibuat oleh Pegawai Jabatan Tenaga Kerja Sandakan,Encik Awang Ismail kepada akhbar ini kelmarin ketika menyambaikan bantuan jabatan itu kepada golongan berkenaan yang diadakan di Pusat latihan Taman Cahaya pekan Muhibbah Sungai Manila.

Katanya, kursus itu penting sebagai mengiktiraf kemahiran sedia ada bagi membolehkan komuniti Kurang Upayah penglihatan yang memilih bidang Urutan Kaki dan Urutan Badan sebagai kerjaya boleh diterima berkerja atau membuka pusat urutan sendiri.

“kemahirn yang diiktiraf itu sangat penting sebagai prasyarat Jabatan Tenaga Kerja membantu mereka dalam membina transfortmasi komuniti ini agar lebih berjaya dalam kehidupan mereka “Katanya

Katanya, kursus ini diljalankan selama 6 bulan dengan dua fasa iaitu teori dan pratikal melalui penyelengaraan Vendor yang dilantik oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan bagi  bahagian Sandakan vendor dilantik ialah Mysara Academy  ,Syarikah Mysara Enterperise milik penuh Bumiputera yang bertempat di Bandar IJM batu 5 Jalan Labuk Sandakan.

Dalam pada itu konsultan dan Vendor program tersebut Puan Sarah Asor berkata, peserta kursus kemahiran yang terlibat diberikan bimbingan dengan 4 fasa iaitu kemahiran mengurut, bimbingan pengurusan kewangan, Motivasi, Perlesenan.

Katanya, bagi program latihan Pengurusan kewangan dan Pelesenan peserta akan dibimbing di kelas Akaedmik Mysara sementara latihan kemahiran  diadakan di lokasi di mana peserta beroperasi .

“Mysara Academy telah melantik tenaga pengajar  kalangan orang kurang upaya penglihatan itu sendiri yang telah pun mempunyai kemahiran tinggi dan memilik sijik kemahiran Malaysia di bidang berkenaan kerana ianya lebih tepat dan senang difahami oleh peserta “katanya

Menurut Beliau, kesemua kos kursus jangka pendek eman bulan  ini ditaanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja  Malaysia sebelum sijil dikeluarkan pada awal penghujung tahun ini.

Selepas tamat ,peserta pula akan dibantu membina perniagaan mereka dalam  satu  syarikat berkumpulan  yang akan turu menerima bantuan peralatan mengurut Kaki dan Urut badan dari Jabatan Tenaga Kerja  .

“ Di pihak Mysara Akademcy  akan terus berperanan memantau dan membantu pernigaan mereka ,ini merupakan  antara anjakan dari NKRA kerajaan untuk membantu rakyat “Katanya
 
Pada majlis penyampaian yang turut disaksikan  penyelia Pusat Taman Cahaya ,Hj Ibrahim Abdul Hamid, peserta meneriam dua buah kerusi urutan dan peralatan lain yang kosnya hamper RM20.000. sekaligus membolehkan mereka memulakan perniagaan refeleksologi  di pusat bereknaan.

Pic 1: Duduk  empat dari kiri ,Encik Awang ismail dan Puan Sahara Asor bersama Penyelia Pusat Latihan orang Buta Taman Cahaya serta peserta kursus .

Pic 2:   Latihan Amali mengurut kaki oleh peserta Kursus.

Pic 3:    Barisan tenaga pengajar yang terdiri kalangan orang Kurang upayah penglihatan memiliki sijil Kemahiran Malaysia





No comments:

Post a Comment